yg paling mngejutkan giliran setiap malam itu

Seorang wanita berasal dari Uganda, Afrika Timur terkejut apabila mendapati dirinya menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Ann Grace Aguti, 36, mempunyai tiga suami dan mereka semua tinggal di rumah yang sama, bersama dengan beberapa lelaki yang menjadi kekasihnya.

Bukan hanya itu saja, Ann juga memiliki tujuh buah rumah yang kesemuanya dibina di kawasan yang sama.

Lapor The Guardian, perbuatan Ann itu sebenarnya telah menimbulkan kemarahan bapanya, Peter Ogwang, yang juga pastor dalam komuniti agama bernama Teso.

Menurut Peter, anak perempuannya itu telah melanggar aturan agama. Tetapi Ann mempunyai alasannya tersendiri untuk berbuat demikian kerana dia masih belum menemui pasangan yang benar-benar dapat memenuhi kriterianya.

Disebabkan itu, Ann sanggup melakukan pelbaga cara untuk mendapatkan pasangan yang diinginkannya itu.

“Suami saya tak berguna dan saya tetap menjadi pencari nafkah. Ketika saya meninggalkannya, saya mula mencari seseorang yang istimewa, tetapi belum menemuinya sehingga kini. Jadi, saya perlu menafkahi lelaki-lelaki ini sambil meneruskan pencarian,” katanya.

Pencarian Ann akhirnya berjaya dengan menjadikan tiga di antara sejumlah lelaki berkenaan untuk menjadi suami dan tinggal di rumah serta tidur berganti-ganti dengannya.

Suami pertama bernama Richard Alich, duda 10 anak, yang merupakan pesara polis. Suami kedua, John Peter Oluka, petani yang kaya dan memiliki rumah di kampung tersebut. Suami yang ketiga, Michael Enyaku, sarjana senior yang mempunyai tanah dan rumah di perkampungan lain.

Tiga lelaki berkenaan mengaku mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Bagi mereka, Ann adalah ketua keluarga yang harus dipatuhi setiap arahannya dan juga makan bersama.

“Saya bertemu dengan Ann semasa sedang menggembala sapi dan bergurau dengannya untuk menjadikan saya sebagai suaminya.

“Dia memberi saya rumah. Kami hidup dengan begitu harmoni dan saya tidak mempunyai masalah dengan suami yang lain.

Ann yang menentukan giliran kami tidur dengannya dan keputusan adalah muktamad,” katanya.

Sementara itu, Ann menafikan dakwaan kononnya dia perempuan murahan. Sebaliknya dia hanya mahu mempunyai suami yang lembut dan penyayang. Memiliki tiga suami membuatkan dia terasa lebih bahagia.

Ann tidak menafikan adakala suami dan kekasihnya bertengkar kerana cemburu. Hal itu membuatkan bapa Ann bimbang dengan keselamatan anaknya. Tetapi Ann tetap mempertahankan bahawa dia sudah memilih untuk hidup seperti itu.

Selain itu, status kandungannya juga mencetuskan persoalan. Ann yang kini sedang hamil anak keempat tetapi tidak tahu siapa bapa dari janin yang dikandung itu kerana dia melakukan hubungan kelamin dengan ketiga-tiga suaminya.

Sumber – Agensi/TheReporter

Be the first to comment

Leave a Reply