Babak Drama Bidadari Salju

Drama Bidadari Salju kini sudah sampai pada episod 20 yang mana ketika ini Kayra iaitu watak yang dibawa oleh Sweet Qismina sudah hilang kepercayaan pada Hariz lakonan Adam Lee.

Namun terdapat segelintir penonton yang berasa kurang senang dengan babak di dalam drama ini.

Pada episod 20 yang ditayangkan pada 11 Disember lalu, terdapat satu babak yang mana pelakon Jasmine Suraya Chin perlu mengg0da Adam Lee sehingga membuatkan mereka terjatuh di atas katil.

Apa yang membuatkan penonton kurang senang ialah apabila Jasmine terjatuh di dalam pelvkan Adam sehingga menunjukkan mereka seperti berpelvkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Komen yang ditinggalkan oleh penonton menyifatkan babak sedemikian tidak perlu ditunjukkan di dalam kaca televisyen kerana drama ini mungkin ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.

 

 

Drama Bidadari Salju merupakan adaptasi novel hasil tulisan oleh Mia Kiff dan dibawah arahan Reza Badarudin.

Antara barisan pelakon di dalam drama ini ialah Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Chacha Maembong, Fimie Don dan ramai lagi.

 

Sumber:hot fm

Info Dan Sinopsis Drama Bidadari Salju (Slot Akasia TV3)

Bidadari Salju merupakan sebuah drama Malaysia 2020 hasil sentuhan pengarah Reza Badarudin, terbitan produksi A.Aida Production.

Karya adaptasi novel tulisan Mia Kiff ini menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. Menemui penonton Slot Akasia TV3 mulai 15 Disember 2020 bagi menggantikan siri Cinta Sekali Lagi.

drama bidadari salju

Sinopsis
Kerana penampilan yang selekeh, berwajah hodoh dan miskin, Kayra (Sweet Qismina) menjadi mangsa buli di sekolah.

Lebih malang apabila Hariz (Adam Lee), seorang pelajar senior turut membenci dirinya, hingga sanggup melemparkan kata-kata fitnah yang menyebabkan Kayra dipulaukan bapa sendiri termasuk masyarakat.

Lapan tahun kemudian, Kayra membesar sebagai seorang wanita yang berjaya dalam hidup.

Namun di hatinya masih tersimpan dendam yang mendalam pada kaum lelaki gara-gara kisah silam yang dilalui.

Hariz kembali dalam hidup Kayra, namun kali ini dengan rasa bersalah mengenangkan dosa silamnya pada wanita itu.

Lebih daripada itu, Hariz turut menyimpan rasa cinta pada Kayra dan berusaha untuk memenangi hatinya semula.

Pelakon
Gandingan utama Adam Lee dan Sweet Qismina.

Barisan pelakon pembantu terdiri daripada Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Chacha Maembong, Nazrief Nazri, Jaja Iliyes, Fimie Don, Zaki Azeman, Siti Khadijah, Aqil Taqeeuddin, Silfeny Osman, Damia Qaissarah, Ainaa Azhari, Puteri A’teeqah, Lisdawati, Lan Zailan, Rosnah Johari, Nizam Kama dan Zulkifli Ismail.

Waktu Siaran
Siaran slot Akasia TV3 selama 28 episod mulai 15 Disember 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

 

Be the first to comment

Leave a Reply