Penyanyi Aishah titip pesanan kepada anak lelakinya sekiranya dia meningg4l dnia nanti

Penyanyi Aishah menitipkan pesanan agar segala gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disebarkan lagi kepada umum selepas dirinya mninggal dnia.

Menurut Aishah perkara itu juga sudah diberitahu kepada anak lelakinya sebagai pesanan buatnya kepada umum selepas pemergiannya kelak.

“Hari ni berbuka puasa ditemani Armand (anak) pula. Terkeluar cerita mengenai pemergian bintang Big Stage Allahyarhamah Sandra.

“Pastinya ia sesuatu yang meruntun hati buat ibu dan keluarga yang berdepan dengan komen-komen negatif. Allahuakbar semoga mereka diberikan ketabahan.

“Dihujung perbualan itu saya berpesan pada Armand untuk ingatkan media dan peminat,’bila mum dah tak ada, jangan keluarkan lagi imej-imej tidak bertudung mum untuk tatapan ramai’,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, kata Aishah lagi, dia juga tidak mahu sebarang bentuk nyanyian tribute selepas ketiadaannya hanya kerana mahu mengenang penglibatannya dalam dunia seni.

“Dan mohon peminat doakan banyak-banyak tanpa perlu sebarang nyanyian-nyanyian mengingatkan mum. Cukup dengan doa.

“Semoga perbualan ini akan menjadi kenangan indah dan pedoman untuk anak-anak satu ketika bila kita tiada lagi,” katanya.

Dalam entri tersebut Aishah turut memuat naik gambar kenangan bersama dua orang anak lelakinya.

“Dulu sebagai ibu tunggal membesarkan mereka saya selalu rindu untuk berbual dengan orang dewasa.

“Sekarang saya boleh lakukannya bersama mereka. Saya juga banyak tinggalkan pesanan pada mereka untuk bagaimana mereka nak survive bila saya tak ada lagi,” ujarnya.

Aishah mempunyai dua orang cahaya mata, Armand Azhari, 27, dan Azhad Ahlami, 21, menerusi dua perkahwinan pertamanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Janji Manismu itu kemudian berkahwin lain selepas bercerai buat kali ketiga dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010.

Begitupun, Aishah yang membuat pengakuan mengenai statusnya itu ketika menyertai Gegar Vaganza musim keempat enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai rumah tangganya kepada umum.

 

Sumber: gempak

Kredit: EE sohor

Be the first to comment

Leave a Reply