Tengah meniaga cempedak goreng di tepi jalan, terkejut Hidayah bila artis ini datang beli

Umum mengetahui semenjak pemergian suami tercinta, Allahyrham Abam Bocey pada Februari lalu, Hidayah telah pulang ke menetap di rumah ibu bapanya di Sabak Bernam.

Selain dari menguruskan perniagaan atas talian menerusi Instagram dengan membuat ‘paid review’, Hidayah juga mengakui sibuk berniaga cempedak goreng bersama keluarganya.

Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Mohd Ali juga mengatakan apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

” Saya cuma ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” kata Hidayah sebelum ini.

Terkejut dengan kedatangan pelakon Didi Alias

Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, Hidayah meluahkan rasa gembira apabila menerima kunjungan pelakon dan pengacara Didi Alias ke gerainya.

Siapa sangka Didi Alias sanggup datang dari jauh menempuh perjalanan hampir 2 jam 30 minit untuk sampai ke Sabak Bernam.

Bukan itu sahaja, Didi turut membawa pelbagai hadiah antaranya beberapa helai tudung dan juga hamper untuk anaknya, Hamzah.

” Terima kasih mumy, Didi Alias sudi datang ke gerai hidayah Terima kasih beri hidayah macam-macam hadiah.

” Semoga mumy sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah amin.. Dan jangan lupa 25.09.2020 jam 9- 11pm di LIVE FB, ladydidie TV yer” tulis Hidayah

Perkongsian Hidayah melalui Instagram arwh suaminya Abam itu telah mencuri perhatian peminat Allahyrham apabila meraih lebih 70 ribu tanda suka.

” Terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga semoga kita semua dalam lindungan Allah amin” balas Hidayah sebagai ucapan terima kasih selepas ramai peminat mendoakannya dan anaknya, Hamzah.

Perkongsian Didi Alias

Sementara itu kedatangan Didi Alias itu difahamkan untuk salah sebuah program yang akan dimuatkan ke dalam saluran Youtube DidieTV dan akan ditayangkan pada 25 September ini, jam 9 malam.

Didi turut memuatnaik hantaran di Instagram beliau dan berkongsi tentang kedatangannya menziarah baIu Allahyrham Abam Bocey itu.

” Sempat pergi melawat sikenit arwh Abam Bocey bersama ibunya Hidayah berniaga cempedak kat Sabak Bernam.

” Alhamdullillah Hamzah dan ibu die sihat. Sama-sama kita doakan semuga mereka dilindungi,diberi kesihatan yang baik dunia dan akhirat Amin” tulis Didi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat kesanggupan artis yang sanggup datang berjumpa Hidayah.

Terdahulu, personaliti yang selalu mencetuskan kontroversi, Azwan Ali, turut menyatakan hasrat untuk menemui balu pelawak Allahyarham Abam Bocey itu.

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu berkata, dia memahami situasi dialami ibu tunggal anak satu itu kerana keluarganya sendiri berantakan sehingga kini.

 

Sumber: Instagram Abam Bocik dan Ladydidiemsia

Be the first to comment

Leave a Reply