Siti Sarah

Beli emas 70 Ribu bukan untuk diri sendiri,

Kini dapat kita lihat, beberapa selebriti wanita tanah air beralih untuk terlibat dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kosmetik mahupun tudung jenama sendiri. Bidang terbabit tidak dinafikan semakin popular dan rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk mencuba keluaran produk selebriti disukai mereka itu.

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin juga merupakan antara pemilik produk yang popular seperti tudung dan jenama alat soleknya sendiri iaitu Ratasya Cosmetics.

Walau bagaimanapun baru-baru ini selebriti ini menerima pujian orang ramai apabila dia membelikan hadiah Emas buat yang terlibat menjayakan kedua-dua perniagaannya itu yang mana Siti Sarah dilihat membuat kejutan buat mereka.

Menerusi posting isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu ini mengatakan bahawa dia membeli Emas sehingga berjumlah RM 70 Ribu namun jumlah yang bukan sikit itu bukan untuk dirinya tetapi sebaliknya khusus buat pasukan Ratasya Cosmetics dan Loveta.

“Emas 70 Ribu!! Tapi bukan Sarah punya, ni semua khas untuk Titan, leader @ratasyacosmetics & @lovetahq.“Sarah saja je buat suprise untuk diorang, Alhamdulillah semua memang terkejut dan happy sangat. Semoga target untuk tahun ni dicapai dan kita terus bangkit.”

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tidak melepaskan peluang untuk memberikan reaksi mereka dengan tindakan baik penyanyi dan usahawan selebriti itu.

“Wah best nya, my boss pun tak macam itu”

“Yang last paling syok”

Sarah Raissuddin Sarah Raissuddin

“Reward cam ni baru syiokkk…”

tonton video di bawah

Bukan Sekadar Hebat, Harga  Kondominium Siti Sarah dan Shuib jadi igauan!

Profesi sebagai selebriti atau artis memang tidak pernah jauh dari mengumpul harta dan benda mewah seperti memiliki rumah mewah. Terutama bagi artis yang sudah melebarkan sayap hingga ke peringkat antarabangsa.

Memang tidak mudah untuk menempatkan nama sebagai artis di Malaysia. Selain persaingan yang ketat, perjalanan kerjaya dari bawah harus bermula dengan susah payah. Namun akhirnya berjaya juga memiliki aset sendiri seperti rumah mahupun kondominium.

Jadi, siapa saja artis-artis Malaysia dengan kekayaan kondominum mewah dan properti hingga mencecah jutaan ringgit! Jom bersiap sedia untuk terpukau dengan rumah mewah artis berikut ini:

Siti Sarah & Shuib ( 280 Park Homes)

Penyanyi Siti Sarah  telah dihadiahkan oleh suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin. Kondominum mewah itu terletak di Puchong dan menurut hasil pencarian kami, kediaman mereka dalam lingkaran RM729k hingga RM1.6 Juta untuk seunit.

Be the first to comment

Leave a Reply