“Sandra minta baju putih, ketika itu perasaan saya dah lain..” ibu sayu ceritakan detik akhir bersama 4rwah

Sayu. Itu kata-kata yang dapat diungkapkan sebaik mendengar luahan Nor Syakinah, ibu kepada Allahyarham penyanyi, Sandra Dianne.

Malah Nor Syakinah turut berkongsi perbualan terakhir dengan anak kesayangan itu yang pasti akan dia kenang seumur hidupnya.

” Bye mama, jangan lupa tutup ‘gate’.”

Itu ungkapan terakhir Allahyarham Sandra, 26, kepada ibunya pada Sabtu lalu sebelum arwh terbabit dalam kmIangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Minta baju putih lengan panjang..

Nor Syakinah berkata, pada hari itu anaknya juga meminta baju putih lengan panjang untuk dibawa ke latihan penuh Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

” Pagi sebelum dia ke latihan penuh, saya kejutkan untuk dia mandi sebelum air tiada. Selepas mandi dan bersiap, seperti biasa dia akan luangkan masa dulu bersama adiknya.

” Selepas itu dia salam saya dan ayah dia. Sewaktu keluar bilik dia patah balik dan tanya saya jika ada baju putih lengan panjang.

” Saya cakap tiada, cuma yang ada hanya inner warna putih.

” Dia cakap tidak apa. Saya macam tak puas hati, saya cari lagi baju putih di almari lain dan jumpa.

Perasaan saya sudah lain…

” Dia pun bawa baju itu. Ketika itu perasaan saya sudah lain.

” Sebelum dia keluar rumah, saya tunggu di ruang tamu dan berikan dia kata semangat untuk buat persembahan terbaik.

” Dia pun minta saya doakan untuknya. Selepas salam dan peluk cium, saya pesan untuk memandu berhati-hati.

” Ketika dalam kereta, dia sempat cakap ‘bye mama, jangan lupa tutup ‘gate’. Itulah perbualan terakhir kami,” katanya kepada Harian Metro.

Sandra yang juga penyanyi lagu Hey Kau menghembvskan nfas ter4khir di Hospital Putrajaya, pada jam 1 pagi, hari ini.

Menurut Nor Syakinah, jnzah sempat dimandi, kap4n dan disembahyangkan di Hspital Putrajaya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah untuk dikebvmikan.

” Sebagai ibu mestilah sedih sebab kehilangan anak yang menyay4t hati. Dia hilang sekelip mata.

” Alhamdulillah, segala urusan hari ini dipermudahkan Allah SWT. Semuanya lancar dari hspital sehinggalah tiba di Sabah petang tadi.

” Di hospital jnzah dimandi, dikap4n dan disembahyangkan. Setibanya di kampung pun jnzah disembahyangkan sekali lagi,” katanya.

Jnzah selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Kauluan kira-kira jam 6 petang tadi.

 

Sumber: limauais.pw

Be the first to comment

Leave a Reply