PKPD Kampung Sabah Baru, Lahad Datu berkuat kuasa esok

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu selama 14 hari, bermula esok hingga 23 November depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD itu diputuskan berdasarkan nasihat dan penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati 102 individu dikesan positif COVID-19 daripada 441 disaring sehingga semalam.

“PKPD ini akan membabitkan 701 rumah dan seramai 3,917 penduduk.

DISYORKAN UNTUK ANDA
PKPD di Asrama Tropicana, One Utama ditutup 7 hari
Selayang Baru, Gombak kini di bawah PKPD ketujuh
PKPD di dua lokaliti Sabah dilanjutkan
Penduduk Kampung Haji Baki sedia hadapi PKPD
“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasar, sekali gus menyekat penularan kepada komuniti setempat,” katanya pada sidang media berkaitan COVID-19 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPD di Kampung Sabah Baru itu, sama seperti pernah diumumkan sebelum ini.

Antaranya, katanya, tiada pergerakan penduduk dibenarkan dalam kawasan itu kecuali kecemasan atau membeli barang keperluan, manakala aktiviti ekonomi dan sosial juga tidak dibenarkan.

“Namun, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang, manakala pasar dibenarkan beroperasi dua kali seminggu bermula 6 pagi hingga 2 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.

“Selain itu, seorang wakil daripada setiap keluarga juga dibenarkan untuk keluar daripada kawasan PKPD untuk membeli barang keperluan yang tiada dalam kawasan berkenaan seperti susu bayi, selain mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau bank,” katanya.

READ  Selangor mohon buat PKPD

Be the first to comment

Leave a Reply