Terbaru! tanpa cakap banyak, KJ terus ke Sabah jumpa Veveonah di UMS kerana ini

Selepas viral isu Veveonah Mosibin ‘dihentam’ oleh timbalan-timbalan menteri berhubung dakwaan menlpu berkenaan video peperiksaan diatas pokok, pelbagai pihak telah tampil memberikan kenyataan.

Jumpa Veveonah di UMS

Terkini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah tampil bertemu sendiri dengan Veveonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan memohon maaf bagi pihak kerajaan kerana salah faham yang berlaku.

Ajak bekerjasama bangunkan capaian internet

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh KJ menerusi media sosial miliknya dengan menyertakan sekali gambar ketika bertemu Veveonah dan ibu bapa pelajar tersebut.

Dalam pada itu, KJ sempat mencadangkan kepada Veveonah agar bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk membangunkan projek  inovasi di kampung pelajar UMS berkenaan dalam pemeliharaan alam sekitar.

Terbaiklah YB

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif kepada Ahli Parlimen Rembau yang dilihat sebagai hero dalam kemelut yang melanda.

Mereka juga memuji usaha YB KJ yang lebih bersikap positif dalam menangani isu internet yang menjadi perbahasan di kawasan pedalaman tersebut.

Tak perlu bising2, terus jumpa Veveonah

Good! tak perlu keruhkan keadaan

“Sejujurnya saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan itu”.

Demikian luah pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin berhubung dakwaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara pada Khamis.

Terdahulu, ahli Parlimen Padang Besar itu mendakwa kisah diceritakan pelajar terbabit dalam YouTube adalah palsu dan sekadar untuk menaikkan nama sendiri, sebelum memohon maaf menerusi status di akaun Facebook rasminya beberapa jam kemudian.

Jelas anak kelahiran Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah itu, dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga terpaksa memanjat pokok dan bukit semata-mata untuk menjalani peperiksaan dalam talian beberapa bulan lalu itu.

“Saya bekerja keras untuk menjalani peperiksaan dalam talian beberapa bulan lalu dan saya tidak menyangka ia akan tular sedemikian rupa.

“Kali ini, berita mengenai saya tular lagi tapi dengan kesan yang tidak baik,” tulis Veveonah dalam akaun Facebook miliknya.

Kata pelajar jurusan Asasi Sains itu, dia tidak pandai untuk memberi reaksi terhadap komen-komen positif mahupun negatif di media sosial.

“Ia menyakitkan. Saya tetap memaafkan semua kesalahan orang lain terhadap saya tapi saya perlu membuat kenyataan yang adil mengenai diri saya.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya termasuk keluarga, kawan-kawan, para pensyarah dan pengikut saya,” katanya.

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply