McGregor, Poirier buat perhitungan 23 Januari

LONDON: Kepulangan Conor McGregor ke UFC berdepan Dustin Poirier sudah disahkan pada 23 Januari.

Menurut laporan, bintang Ireland itu sering dikaitkan dengan kepulangan ke oktagon dan selepas bersara pada Jun, dia kini akan kembali ke UFC 257.

Satu perjanjian akhirnya dicapai yang akan menyaksikan dia akan bertarung bagi aksi itu yang dijangka diadakan di Las Vegas tahun depan.

Perbincangan sudah diadakan beberapa minggu dan semua pihak bersetuju pada malam Isnin lalu, menurut MMA Fighting.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Volkanovski cabar McGregor bertarung di Fight Island
McGregor bersara kali ketiga
McGregor beri bayangan kembali bertarung
Khabib ingin bersara seperti Mayweather
Pertarungan itu akan diadakan menerusi ‘bayar untuk tonton’.

Namun bintang bergelar Notorious itu masih dianggap pilihan untuk kepulangan lebih awal ke UFC 256 pada 12 Disember ini dengan Amanda Nunes menentang Megan Anderson ditarik balik selaku acara utama.

McGregor menewaskan Poirier pada 2014 – mengalahkannya hanya dalam masa satu minit 46 saat pada pusingan pertama.

Dan bintang Amerika Syarikat itu berharap dapat membalas kekalahan itu.

– AGENSI

READ  Pacu pelaburan, kukuh ekonomi

Be the first to comment

Leave a Reply