“Ini lagu terakhir yg saya beri sehari sebelum kmalangan..” Cikgu Shafi sayu, sempat tatap wajah Sandra buat kali terakhir

Guru vokal, Cikgu Shafi turut rasa terkesan atas pemergian penyanyi Sandra Dianne awal pagi Jumaat. Cikgu Shafi merupakann guru vokal program Big Stage 2020 yang turut disertai Sandra.

Katanya menerusi satu posting di Instagram dia cukup menghargai momen bersama penyanyi berusia 26 tahun itu biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.

“Innalillawainailahirojiun.. Pelajar kesayangan @sandradianneofficial di Big stage.

“Mohon sedekahkan Alfatihah untuknya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang soleh,” tulisnya.

Sementara itu menerusi Insta Stories, Cikgu Shafi turut berkongsi dia berkesempatan menatap wajah anak muridnya itu buat kali terakhir sebelum jnazah dibawa pulang ke Sabah untuk dik3bumikan.

“Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun.

“Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat kusyukuri.

“Subuh tadi kumelangkah masuk ke bilik mayat untuk menatap wajah untuk kali terkahir. Hatiku sayu, rapuh.

“Segala kenangan menjadi abadi. Sandra… tiada lagi kesakitan kamu,” tulisya.

Petang tadi, Shafi ada memuat naik sepotong video yang merakamkan momen bersama Sandra sambil mendedahkan lagu terakhir yang diberikan buat arwah agar terus positif dari rasa sedih dan putus asa.

Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bert4rung nyawa akibat kemlangan jalan raya.

Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemlangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika sedang menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal pada Sabtu.

 

Foto: Instagram Cikgu Shafi

Sumber: e-kesah

Be the first to comment

Leave a Reply