Dijemput makan malam bersama Perdana Menteri, ini kata-kata Veveonah terhadap Abah

Kuala Lumpur: Pelajar yang tular berikutan memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, Veveonah Mosibin berbesar hati kerana dijemput makan malam bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Veveonah dalam hantarannya di laman sosial berkata, beliau menganggap ia satu penghargaan daripada Muhyiddin kerana menjemputnya dan keluarga untuk bertemu bersama-sama. Dalam pada itu, beliau menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang yang sangat rendah diri dan mengagumkan.

Veveonah baru-baru ini juga tular berikutan jawapan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai beliau yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet hingga mencetuskan polemik.

Selain daripada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan permohonan maaf kerajaan kepada Veveonah Mosibin dalam pertemuan di Universiti Malaysia Sabah.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Khairy berkata dalam pertemuan di Universiti Malaysia Sabah itu, beliau mewakili kerajaan turut memohon maaf kepada Veveonah dan ibu bapanya, atas kesulitan yang dilaluinya baru-baru ini.

“Saya juga telah cadangkan untuk Veve bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

Pada 3 September lalu, jawapan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, telah mencetuskan polemik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Veveonah Mosibin (@vevemacho) on

Zahidi dilaporkan media sebagai berkata, hasil siasatan kementerian mendapati Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam, namun Veveonah dalam laporan sebuah portal kemudiannya menafikan kenyataan Zahidi dan mendakwa dia memang mengambil peperiksaan, seperti dalam video itu.

Muhyiddin berada di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah kali ke-16 yang menyaksikan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

 

Sumber: Metro Via BH

Be the first to comment

Leave a Reply