ayda terharu

Tarikh 1 Januari menyaksikan Ayda Jebat dan Nabil Mahir memeterai tali pertunangan dengan ikatan

pernikahan yang sah. Mengimbas kembali detik perkenalan pasngan ini, Nabil mendedahkan setelah beberapa kali mereka berjumpa barulah Ayda memulakan langkah pertama menghantar Direct Message (DM) melalui Instagram kepada beliau. Jika ditanya siapa yang mengurat siapa, Ayda tidak menafikan dan mengakui dirinya yang mengurat Nabil.

Ketika ditanyakan perihal mengenai zuriat, Nabil sebelum ini pernah berkongsi hasratnya ingin memiliki 13 orang anak kerana menggemari nombor tersebut.

Beliau dan Ayda sememangnya sukakan budak-budak dan Ayda juga tidak mempunyai masalah sekiranya dikurniakan zuriat segera. Bagaimanapun hasrat Nabil itu menerima beberapa kritikan dan sindiran daripada warga maya.

Ayda meluahkan rasa kesyukuran beliau dengan kehidupan beliau sekarang yang telah bergelar seorang isteri kepada Nabil. Pasngan pengantin baru ini sedang menjalani fasa bulan madu di Langkawi.

Ayda sempat merakamkan aktiviti beliau disana dan memuatnaik status instastory terkini selesai solat berjemaah bersama suaminya. Ayda berkata dirinya merasa begitu terharu kerana berpeluang untuk merasai mengerjakan solat secara berjemaah bersama suaminya.

Jika dipandang dari sudut positif Ayda hanya ingin berkongsi perasaan bahagia yang sedang beliau kecapi kini bersama para peminat dan muat naik tersebut adalah untuk tatapan para peminat beliau.

Sebagai seorang suami, Nabil telah menjalankan tanggungjawab beliau menjadi ketua keluarga dengan baik apabila mengimamkan isterinya untuk solat Jemaah.

Walaubagaimanapun niat Ayda itu disalahertikan oleh netizen kerana merasakan perkara tersebut agak normal buat pasngan suami isteri dan tidak perlu dihebohkan kepada orang. Tangkap layar instastory Ayda itu telahpun dikongsikan semula oleh beberapa pengamal media.

Menjengah keruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan Ayda Jebat itu. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

 

“Hurm takkan orang lain pulak nak jadi imam awak ayda oiii. Halahhh halahhhhhhhh” – Netizen

“Yelaaa laki ko jela jadi imam orang lain takpernah imamkan bini. aku tampo ko kang min” – Netizen

“Hahaha abis ko pulak ke nk jd imam???gedik..” – Netizen

“Tk pernah Dgr Pulak perempuan jadi imam lelaki” – Netizen

“Tgh manis biarkan je….esok dh Basi mcm artis sorang lagi tu dh semua busuk,buruk kluar” – Netizen

“Masa ayah awak jadi imam awak, awak tak terharu ke?” – Netizen

“Biasa lah tuh mmg suami jadi imam bila dah kawin .takkan takpnh pak hang jadi imam kat family sendiri,,apo lah” – Netizen

“Alahaiii…ntah ape² lahaaaiii punya berita…memuja sgt dgn artis sampai benda² camtu pun nak dijadikan sbg isu.. banyak lagi kot berita yg penting tentang rakyat yg susah kat luar sana..

.ada yg tengah memikirkan tentang KWSP yg ntah bila nak diluluskan tanpa syarat…mngsa susah sebab banjir…ada yg hiilang pekerjaan..anak² yg nak bersekolah.” – Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Abaikanlah kata-kata negatif netizen itu Ayda. Alhamdulillah Aida telah menjumpai seorang lelaki yang mampu membimbing beliau menjadi seorang isteri yang mithali dan mempunyai pengetahuan tentang agama. Bertuah sungguh Ayda dapat suami macam Nabil Mahir.

Sumber: ig ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply