kerana isu Janna Nick,Ini Yang Terjadi Kepada Segelintir Pelajar Malaysia Di Korea..Tak Sangka!!

Kontroversi antara Janna Nick dengan sebahagian besar peminat K-Pop telah membuatkan hampir dua hari hashtag #jannanickisgoingtopartyjail tular sehingga keluar negara.

Janna Nick juga telah membuat laporan polis dengan menafikan dakwaan dia menghina artis K-Pop di media sosial dan tidak lama selepas itu akaun Twitter dan Instagramnya ‘hilang’.

Kena remove dari group belajar

Disebabkan kontroversi yang berlaku, ada beberapa pihak yang turut terkesan dengan perkara tersebut. Antaranya ialah pelajar yang belajar di Korea Selatan.

Menerusi satu muat naik tangkapan skrin di Twitter, seorang pengguna telah berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang individu yang mempunyai kenalan pelajar Malaysia yang belajar disana apabila telah dikeluarkan dari kumpulan whatsApp tugasan universiti mereka.

Belum start sem dan kena kick

“Harap tak jadi dekat adik aku”

Walaupun perkongsian tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun menerusi komen yang mereka sertakan, terlihat ramai yang terkesan dengan kontroversi berkenaan kerana membawa nama Malaysia.

Mereka juga khuatir akan ada ramai lagi pelajar yang akan menerima nasib yang sama hanya disebabkan kontroversi tersebut.

Ni berita sedih

Dekat aplikasi lain pun ada yang kena kick

Setakat ini,  #jannanickisgoingtopartyjail masih lagitrending dan puluhan ribu ciapan dibuat menggunakan hashtag tersebut.

Perkara ini bermula disebabkan ada individu yang memuat naik kembali satu rakaman mendakwa pelakon Melastik Cinta itu mempersendkan kematian seorang anggota kumpulan SHinee pada tahun 2018.

Selepas itu, satu tangkapan skrin menunjukkan Janna menyindir girlband Blackpink ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Sumber: syasyasyasya05, Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply