Lama Menyepi,Akhirnya Jehan Miskin Kongsi Berita Gembira,Isterinya Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama Selepas 7 Tahun Menanti

Selepas hampir tujuh tahun menanti, pelakon Jehan Miskin  mengumumkan isterinya, Julie Camelia Rhee selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka semalam.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Jehan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama putera kesayangannya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

Menerusi entri itu, Jehan meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anaknya itu serta mengucapkan selamat datang buat putera sulungnya.

Perkongsian Jehan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu di atas kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Terdahulu, Jehan berkongsikan berita gembira mengesahkan isterinya hamil anak pertama pada September lalu. Jehan mendirikan rumah tangga dengan wanita warga Korea Selatan itu pada 2013.

FOTO

.

Sumber: Rotikaya

Dulu Tak Terfikir Nak Ada Anak, Sekarang Jehan Miskin Tak Sabar Jadi Bapa

Bakal menimang anak sulung tidak lama lagi, pelakon Jehan Miskin tidak sebar untuk menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya dan bergelar bapa selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Jehan, dia dan isteri tidak terfikir untuk menimang cahaya mata sebelum ini sehinggalah isterinya, Julie Camelia Rhee Abdullah menyatakan hasrat untuk menjadi ibu.

“Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua. Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia.

“Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan betapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak tahun lalu. Alhamdulillah, dia terus hamil pada minggu yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Jehan akui terkejut dan meluahkan rasa syukur  hasrat mereka dikurniakan rezeki cahaya mata dengan cepat apatah lagi dia kini sudah berusia 41 tahun.

“Kami sebenarnya jangka usaha itu akan mengambil masa beberapa tahun. Namun, saya sangat bersyukur ia terus terjadi kerana saya pun sudah berusia 41 tahun.

“Lagipun, kami memang sudah bersedia untuk ada anak. Ia ibarat bonus kejutan di waktu pandemik ini memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara,” katanya.

Terdahulu, Jehan berkongsikan berita gembira mengesahkan isterinya hamil anak pertama pada September lalu. Jehan mendirikan rumah tangga dengan wanita warga Korea Selatan itu pada 2013.

Sumber: Rotikaya

Pertama Kali Kenal, Isteri Sangka Jehan Miskin Penganggur

Jehan bersyukur memiliki seorang isteri yang penyabar dan memahami kerjayanya.

Jehan bersyukur memiliki seorang isteri yang penyabar dan memahami kerjayanya.

KUALA LUMPUR: Isteri Jehan Miskin iaitu Julie Camelia Rhee, menyangka bahawa aktor itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan ketika di awal perkenalan mereka lima tahun lalu.

Julie, 29, yang mengenali Jehan, 34, di sebuah gimnasium di ibu kota berkata, rasa segan untuk bertanya mengenai karier Jehan membuatkan wanita berasal Korea itu mengandaikan sendiri pekerjaan aktor itu, sehinggalah pada temu janji kedua, dia baru tahu status suaminya sebagai selebriti.

“Pada awal perkenalan kami, Jehan yang menegur saya dahulu dan apabila saya tanya tentang pekerjaannya, dia senyap dan tidak memberikan apa-apa jawapan.

“Jadi saya anggap dirinya sedang menganggur, manalah tahu dia sensitif tentang perkara itu.

“Bagaimanapun, pada temujanji kedua kami, saya berasa pelik apabila dia sering didatangi orang yang mahu bergambar dengannya dan masa itu barulah dia cakap yang dirinya seorang pelakon,” katanya.

Julie dan Jehan ditemui selepas majlis minum petang pada hari pernikahan mereka di Carcosa Seri Negara, di sini, Sabtu.

Julie yang bekerja sebagai pengurus majlis itu sudah menetap di sini sejak enam tahun lalu dan katanya, dia serasi dengan suasana budaya masyarakat di sini selain selesa menetap di negara ini.

Pasangan itu telah diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada pukul 2.40 petang.

Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.

Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.

Jehan pula berkata, selepas tiga tahun mengenali Julie, dia sudah mula merasakan wanita itu adalah calon isteri yang diinginkannya dan telah melamar Julie pada tahun lalu di Menara Seoul, Korea.

“Julie seorang yang sangat sederhana dan penyabar, malah saya dapat menjadi diri saya apabila bersamanya dan kami saling memahami antara satu sama lain.

“Sebelum ini saya pernah berkata pada ibu yang saya tidak akan berkahwin selagi tidak jumpa wanita yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya saya berkahwin juga dengan wanita pilihan sendiri, seorang gadis Korea pula,” selorohnya.

Sementara itu, pasangan itu tidak merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera dan menyerahkan perkara itu kepada takdir.

“Kami tidak merancang untuk mendapatkan anak dalam masa terdekat ini, tetapi kalau ada rezeki, adalah,” ujar Jehan.

Be the first to comment

Leave a Reply