Nissa Sabyan yang dikatakan bermain cinta dengan suami orang, Skali Adik Kepada Lelaki Itu Tampil Bongkar Sessuatu Yang Mengejutkan

DUNIA hiburan negara seberang dihangatkan dengan kisah vokalis kumpulan Sabyan Gambus iaitu Nissa Sabyan yang dikatakan bermain cinta dengan suami orang iaitu pemain keyboard kumpulan tersebut, Ayus.

Memetik DetikHot, adik Ayus, Fadhila Nova mendakwa Nissa merupakan orang ketiga yang menganggu rumah tangga abang dan kakak iparnya, Ririe Fairus.

“Iya benar, orang ketiga adalah Nissa Sabyan.

“Memang benar mereka bercinta. Abang saya dan Nissa sendiri mengaku yang mereka saling mencintai satu sama lain,” kata Nova.

Menurut Nova lagi, keluarga mereka sudah mengetahui mengenai kisah kecurangan abangnya sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu Isteri Ayus dikatakan sudah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Jakarta Utara.

Sehingga ke hari ini, Nissa dan Ayus masih berdiam diri dan tidak tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sementara itu, pengurus Sabyan Gambus, Owan mengatakan pihak mereka tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut berhubung isu tersebut.

Kebanyakan netizen sudah menyerang laman Instagram Nissa dengan menuduhnya wanita perampas.

Nova bagaimanapun mengambil peluang itu dengan meninggalkan komen di Instagram Nissa dengan ‘memujuk’ netizen agar tidak menyerang Nissa.

“Saya tahu anda semua sakit hati dengan perbuatan dia, sama juga seperti keluarga saya.

“Tapi kita jangan balas dengan kejahatan sebab setiap perbuatan (jahat) pasti ada balasannya daripada Allah,” katanya.

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply