Netizen ‘Bongkar’ Bibit-Bibit Cinta Hannah Delisha & Suami, Rupanya Sebelum Ini Pernah Bagi ‘Hint’

Umumnya mengetahui, semalam, pelakon terkenal Hannah Delisha sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama calon pilihan hatinya iaitu Imam Shah. Keputusan yang diambil oleh Hannah, membuatkan rata-rata netizen terkejut kerana selama ini, dia sama sekali tidak pernah mendedahkan atau menceritakan bahawa dia sedang bercinta dengan seseorang. Bukan itu sahaja, namanya juga tidak pernah terpalit dengan gosip-gosip liar.

Terbaru, seorang gadis di laman Twitter dikenali sebagai Deanna Rasyid, tampil ‘membongkar’ kisah percintaan antara Hannah Delisha dan Imam Shah.

5 tahun menempuh fasa bersama

So you’re telling me Hannah Delisha kahwin on their 5th anniversary together (18th February)?? aww

Jika dilihat menerusi foto yang dimuat naik oleh Hannah Delisha semalam, menggunakan kapsyen hubungan mereka menjadi halal setelah lima tahun berkenalan dan dia juga sempat meluahkan rasa cinta buat suaminya. Manakala, jika dilihat menerusi kapsyen yang digunakan Iman Shah pada 18 Februari, menceritakan bibit-bibit percintaan mereka mula bermula dan menggunakan tanda pagar #1802 sebagai tarikh istimewa buat mereka berdua.

Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit. Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas.

Teori ini dikuatkan lagi, apabila pengurus Hannah Delisha turut menceritakan Hannah Delisha dan suaminya telah merancang untuk mendirikan rumah sejak lima tahun yang lepas lagi.

Pernah muat naik gambar di tempat yang sama

Bukan itu sahaja, gadis ini juga berjaya menjumpai gambar di tempat yang sama yang pernah dimuat naik oleh pasangan ini. Bahkan, masa dan tempat mereka berjumpa adalah tempat yang sama.

I terjumpa gambar dorang on a date, at the same place, at the same time & date. Thats why i stalk sendiri untuk kepastian.

Semalam, pasangan sama cantik sama padan ini, telah disatukan di Singapura, dan perkhabaran gembira ini hanya dimaklumkan menerusi platfom media sosial mereka.

Sumber: Deanna Rasyid

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply