lima tahun penantian, Kini Hannah Delisha sah bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Imam Shah

Tiada angin tiada ribut, satu posting daripada Instgram pelakon cantik kelahiran Singapura Hannah Delisha telah mengejutkan para peminatnya.Hannah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya disamping seorang lelaki dengan berpakaian baju nikah serta kapsyen mengucapkan rasa syukur diatas penikahan mereka.

Dalam kapsyen yang dibuat, Hannah mengucapkan syukur selepas lima tahun penantian dia sah bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Imam Shah.

Suaminya juga turut berkongsi gambar semasa bernikah dan menyarung cincin sebagai bukti sah bergelar pasangan suami dan isteri.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah diatas penikahan Hannah dan pilihan hatinya.

.


Mereka mendoaka agar hubungan perkahwinan pelakon cantik itu kekal hingga ke akhir hayat.


.

.

Sumber: Hannah Delisha, Imammemy

Hannah Delisha sah bergelar isteri Imam Shah

PETALING JAYA – Pelakon cantik Hannah Delisha membuat kejutan dengan berkongsi foto dia selamat bernikah dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Imam Shah.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Hannah, 25, dalam satu hantaran Instagramnya sebentar tadi.

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” tulis pemilik nama penuh Hannah Adlina Blackburne itu.

Sementara itu, dalam Instagram Imam, pengantin lelaki itu turut memuat naik hantaran dia sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang popular menerusi drama Cinta Sekali Lagi itu.

“Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” katanya dalam entri tersebut.

Difahamkan majlis tersebut diadakan di tanah kelahiran Hannah, di Singapura.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! dalam Instagram, lelaki tersebut merupakan seorang pelakon lagak ngeri, model dan juga pemilik sebuah gimnasium di Singapura. – K! ONLINE

Biodata Penuh Hannah Delisha, Pelakon Drama Alamatnya Cinta

biodata hannah delisha pelakon alamatnya cinta dan langsuir 1

Nama penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch

Nama popular: Hannah Delisha

Tarikh lahir: 27 Oktober 1996

Umur: 22 tahun

Asal: Singapura

Label: Faithful Music

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, pengacara dan model

Media sosial: Twitter @hannahdelisha dan Instagram @hannahdelisha

Fakta Menarik

1. Berwarganegara Singapura, beragama Islam, namun berdarah kacukan Inggeris-Melayu. Bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya pula berbangsa Melayu Singapura.

2. Pernah menganggotai kumpulan duo Delisha bersama adiknya, Mia Delisha. Kumpulan ini terbit dengan sebuah single berjudul ‘Retak’.

3. Hannah kemudiannya bergelar penyanyi solo pada 2015 menerusi single ‘Anugerah’ ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact

4. Diikuti dengan single kedua ‘Esok Masih Ada’ pada tahun 2017 yang juga mendapat sentuhan komposer sama.

5. Manakala pada 2018, Hannah kembali dengan single ketiga berjudul Tak Perlu Kata Apa-Apa.

6. Beliau mempunyai kelebihan menguasai lebih sepuluh lagu dalam pelbagai bahasa. Antaranya lagu berbahasa Cina, Hindi, Arab, Jepun dan Sepanyol. Kemahiran itu diajarkan sendiri oleh ibunya.

7. Ibunya, Noor Ashikin Ahmad merupakan penyanyi era 80-an yang juga dikenali dengan gelaran ‘Kakcik Wujud’ kerana terlibat dengan ahli krew Wujud di mana mereka aktif dalam penerbitan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram. Noor Ashikin yang dahulunya merupakan artis syarikat rakaman Scorpio pernah terkenal dengan lagu-lagu popular seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.

8. Hannah pernah membintangi beberapa drama saluran Suria seperti Farhana (lakonan pertamanya di televisyen), Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit.

9. Antara pencapaian membanggakan beliau seawal setahun lebih penglibatannya dalam dunia lakonan tempatan Melayu Singapura iaitu pada tahun 2017, ialah kejayaan merangkul anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 sekaligus mengenepikan pelakon-pelakon wanita seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

10. Ia sekaligus menjadikan Hannah antara pemenang termuda kategori berkenaan kerana baru sahaja berusia 20 tahun ketika itu.

11. Pada 2017, Hannah mula melebarkan sayap ke bidang lakonan Malaysia apabila menerajui drama rantaian fenomena, Mencintaimu Mr Photographer yang disiarkan menerusi Slot Astro Megadrama, berlakon sebagai watak utama di sisi aktor Syafiq Kyle.

12. Pada 2018, Hannah kembali meledak menerusi watak Ellie Farhana dalam drama Alamatnya Cinta.

Foto Terkini

biodata hannah delisha pelakon alamatnya cinta dan langsuir 5

biodata hannah delisha pelakon alamatnya cinta dan langsuir 7

biodata hannah delisha pelakon alamatnya cinta dan langsuir 2

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply