Ketika Pembaca Berita Ini Tgh Live, Ramai Netizen Perasan Perkara Yang Tidak Sepatutnya

PETALING JAYA- Gambar seorang pembaca berita lelaki di sebuah stesen televisyen milik kerajaan tular apabila dia dikatakan mengenakan pakaian seakan cheongsam ketika bersiaran pada Tahun Baharu Cina Jumaat lalu.

T.indakan pembaca berita itu, Mohd Dhihya Sahlan yang mengenakan pakaian tradisi kaum Cina berwarna merah itu turut mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna laman media sosial.

Seorang netizen, Patrick Teoh, menyifatkan, sekiranya gambar itu benar, ia memberi gambaran jurang yang wujud dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Pembaca berita dan stesen televisyen itu tidak sedar yang lelaki itu mengenakan cheongsam,” tulisnya.

Bagi Shahron Lim pula, tindakan pembaca berita itu mengenakan cheongsam perlu dihargai berikutan usahanya ketika menyampaikan berita.“Terima kasih kerana mencuba walaupun ia mungkin mempunyai kes.ilapan dalam cara pemakaian,” jelasnya.

Difahamkan, berita itu disiarkan di stesen televisyen kerajaan pada Jumaat petang, di mana pembaca berkenaan menyampaikan berita semasa dari negeri Sabah.

 

Reaksi Orang Ramai

Laaa…mmg betul dh dia pkai…nama xsilap samfoo ke apa…luPa dah…cheongsam perempuan lain… siap tbelah kaki nmpk p.eha… kot la netizen tnmpk betis ayu pmbaca berita tu lain citer….hahahahahahahahahaha.

Tak kan cheongsam beso gitu. Ngan bentuk fizlkalnya.. Biasa cheongsam pinggang kerengga tau tak.

Biasa je xpe.lik lah. Ada kan dlm movie pasal org lama2 dlu kesah maharaja. Cuma pembaca ni bdn dia myb sad0, itu nampak pelk skit.

Hubungan kaum harmoni ikut perspektif Islam

Islam satu sistem hidup yang bersifat rab-bani dan menganjurkan kepada manusia agar sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan yang diambil.

Islam menyeru agar meletakkan sesuatu pada tempat yang sewajarnya, memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta menghukum manusia yang bersalah dengan hukuman setimpal tanpa membezakan antara manusia, antara perkara sangat ditekankan dalam ajaran Islam.

Seperti Islam memberikan penekanan kepada kedamaian hidup individu, baik daripada aspek fizikal dan mental seseorang, Islam juga melalui sistem hidupnya menggalakkan keharmonian masyarakat dan keamanan bersama agar semua manusia dapat menjalankan kehidupan di dunia dengan aman dan damai.

Konsep persamaan dalam Islam perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan adalah satu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan.

Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama.

Asas pemikiran Islam kepada hubungan etnik ialah persamaan antara sesama manusia. Semua manusia, biar dari mana asal mahupun keturunan adalah sama sahaja kejadiannya.

Manusia diciptakan Allah dengan sebaik-baik ciptaan berbanding makhluk lain, bebas hidup dan meneruskan kehidupan. Hak itu tidak sedikitpun terhalang kerana berbeza agama, bangsa, keturunan atau minoriti dalam sesebuah negara.

Hak persamaan diletakkan oleh Islam tidak berdasarkan kepada kedudukan mengikut jantina, keturunan atau bangsa. Setiap orang, lelaki atau perempuan, Islam atau bukan Islam, kaya atau miskin adalah sama.

Mereka ada hak sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, peluang sama untuk mencari rezeki dan kekayaan di bumi Allah, hak sama untuk mendapatkan pendidikan, ada kedudukan sama di sisi undang-undang dan peluang sama untuk melakukan ibadat kepada Allah.

Setiap orang akan diberikan ganjaran dan balasan sama atas perbuatan yang dilakukan. Jelaslah Islam tidak mengiktiraf perbezaan fizikal dan lahiriah seperti pangkat, keturunan, etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat perhatian dan perhitungan yang sama daripada Allah.

Terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan hadis mengenai prinsip persamaan ini seperti dalam surah al-Isra’ 17:70, surah al-Hujurat 49:13 dan khutbah Nabi sewaktu haji al-Wida’.

Dalam surah al-Isra’ 17:70, ayat terbabit menjelaskan bahawa Allah memuliakan anak cucu Adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa dan golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada makhluk yang lain.

Dalam surah al-Hujurat 49:13 pula, Allah menerangkan tiada kelebihan di antara satu sama lain mengikut nilai kejadian mereka. Lebih atau kurangnya manusia di sisi Allah sebenarnya diasaskan kepada perbuatan mereka dan sejauh mana mereka menjaga syariat yang ditetapkan oleh Islam.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak

Be the first to comment

Leave a Reply