Seolah Sudah Tahu Masa ‘Tidak Lama’ !!

Penyanyi Elyana mengundang sebak peminat dan para pengikut di laman sosial Instagaram (IG)nya apabila memuat naik video mendendangkan lagu ‘Sampai Menutup Mata’.Video tersebut dimuat naik Elyana pada malam Sabtu lalu ditujukan khas buat anak kesayangannya, Cinta Sumayyah, 10.

“Lagu untuk Cinta ku…”, tulis Elyana ringkas.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut sebak mendengar nyanyian Elyana yang penuh penghayatan ketika mendendangkan lagu Acha Septriasa itu.

Mereka turut mendoakan Elyana terus kuat berju.ang melawan k.nser lim.foma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Dalam pada itu Elyana turut menerima kata-kata semangat daripada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia seni seperti Almy Nadia, Amyza Adnan, Farhan AF, Haiza dan ramai lagi.

Elyana juga dilihat membalas komen-komen dan kata-kata semangat daripada para peminat dan sahabatnya pada posting berkenaan.

“Terima kasih kerana mendoakan saya…Semoga doa yang baik ini akan berbalik kepada awak semua,” tulisnya sambil meninggalkan emoji hati.Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal pada tahun lalu mengakui k.anser limfoma yang dihidapinya semakin serius.

Kanser tersebut sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.

Bagaimanapun kata pejuang k.anser ini, dia tetap berusaha kuatkan semangat untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.

Pada 2017, Elyana membuat pendedahan mengenai k.anser li.mfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Gempak  via metro daily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply