Model H0tt Alicia Amin Tiba Tiba Menikah Siap Tampil Mengenakan Hijab Dan Sangat Ayu

model seksi Alicia Amin selamat bernikah, terlihat anggun memakai hijabModel dan pelakon seksi, Alicia Amin hari ini telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati apabila gambarnya menyarungkan busana pengantin dimuat naik oleh seorang jurumekap artis.

Menerusi IG story, Alicia juga turut memaparkan gambar dirinya yang baru hendak turun dari kenderaan bagi melangsungkan pernikahan.

Muat naik momen indah
Selebriti yang berusia 26 tahun itu dilihat menawan dengan memakai busana berona putih dengan menutup rambutnya dengan selendang telah memilih jejaka dikenali sebagai Farzan untuk menjadi suaminya.

Beberapa gambar dimuat naik oleh Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia binti Raja Amin di IG story bagi mengabadikan momen indah menjadi seorang isteri pada hari ini.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima ini serta pasangan.OMM

Sumber: Alicia Amin
gambar suami beliau kacak tu

adakah beliau seorang Doktor?

Alicia yang di kenali kerana imej BERANI beliau selama ini

Bodoh Dan Sombong, Bapa Alicia Amin Tegur Netizen Persoalkan Agama Anak

Dek kerana terlalu sibuk untuk bertanyakan tentang agama yang dianuti model tempatan Alicia Amin, seorang netizen ditegur bapa kepada model tersebut di media sosial.

Dalam satu perkongsian yang dibuat Alicia di Twitter, beliau menulis ‘bapanya tidak main-main’ sambil memuat naik tangkap layar komen bapanya menegur netizen tersebut.

Netizen itu terdahulu meninggalkan komen yang penuh dengan persoalan itu di hantaran yang dibuat adik beradik lelaki Alicia, Raja Adam Iskandar di Instagram.

“Nak tanya ni Alicia Amin tu Islam ke bukan Islam dan dia siapa dengan anda @rajaadmisk?” soalnya.

Melihat persoalan itu, bapanya kemudian tampil menjawab pertanyaan itu dengan bertanyakan kembali sama ada netizen tersebut beragama Islam atau tidak.

Ini kerana menurutnya Islam bukanlah agama yang mengajar umatnya untuk membuka aib orang lain di hadapan khalayak ramai.

“Setiap orang itu keburukannya kita kenalah doa Allah berikan hidayah.

“Nampak sangat awak tu sama ada nak cuba dapatkan publisiti atau ingat awak lebih daripada semua.

“Cuba duduk diam-diam atau kena block saja. Bodoh dan sombong tak kena masa dan tempat,” tegur bapanya.

Mengulas mengenai ramai netizen yang tidak sepatutnya bertanyakan soalan seperti itu, Alicia memberitahu apa yang dilakukannya bukanlah urusan mereka (netizen).

“Saya nampak ramai yang tidak faham kenapa soalan macam ini tidak perlu dijawab.

“Saya faham saya bertatu, saya pakai seksi, dan gaya hidup saya bukan macam Muslim.

“Anda semua tertanya-tanya tetapi ini bukan urusan anda,” ulas Alicia.

Alicia Amin merupakan model terkenal tempatan dan pernah menyertai pertandingan Asia’s Next Top Model sebelum ini ,vocket

Sumber: TheBreakingNews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply