Shuib Buat Hal Lagi Sehingga Dikompaun Oleh Pihak Berkuasa,Ini Yang Shuib Buat Sehingga Pihak Berkuasa Trpaksa Ambil Tindakan Yg Tegas

LIPIS: Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit dalam akaun Facebook miliknya.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Sumber: Astro Awani

Shuib ‘kebal’ tohmahan | Berita Harian

Shuib 'kebal' tohmahan
Shuib Sepahutu sekali lagi dihimpit kontroversi apabila adegan memarut kelapa dalam program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah hingga mengundang teguran ustaz. – Foto IG Shuib Sepahtu

KUALA LUMPUR: 2020 menjadi tahun yang cukup mencabar buat pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu. Bukan hanya berdepan dengan pandemik COVID-19, malah berdepan dengan dugaan lain.

Berita Shuib dan isterinya, Sita Sarah Raisuddin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram menjadi satu topik hangat hingga mereka menjadi mangsa serangan netizen.

Lantaran isu itu, pelbagai kata nista dilemparkan kepada pelawak kelahiran Johor Bahru itu hingga kehidupan mewahnya mula dipertikaikan. Satu persatu cuba dikorek netizen termasuklah jam tangan, kereta mewah dan rangkaian cawangan kedai minuman Bubble Bee yang dimiliki turut dipersoalkan.

Terbaharu, nama Shuib sekali lagi dihimpit kontroversi apabila adegan memarut kelapa dalam program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah hingga mengundang teguran ustaz.

Dua hari selepas isu itu menjadi kecoh, Shuib tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagram (IG), sambil menjelaskan niatnya sekadar berlawak dan menghiburkan penonton.

Namun Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 36, nyata tidak mudah melatah. Sebaliknya, bapa kepada tiga cahaya mata itu cukup tenang berdepan tohmahan.

“Jujurnya, 2020 adalah satu tahun yang paling berat dan mencabar untuk saya. Sebenarnya, ia bermula sejak Mac lagi apabila saya dikecam berhubung bantuan kepada penggiat seni terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tiba-tiba bangkit pula isu membabitkan SPRM hingga menggegarkan industri seni tanah air. Sebenarnya, pelbagau ujian yang saya lalui daripada tahun sebelumnya, tetapi tidak sebenar ujian yang menimpa pada 2020. Ia lebih hebat, namun saya anggap dugaan ini sebagai satu cabaran dan keunikan.

“Saya anggap dugaan luar biasa yang diturunkan kepada saya pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah sengaja hendak menguji saya. Apabila saya katakan yang saya reda dengan ujian diberikan, bukan bermakna saya kebal. Perasaan koyak tetap ada, tetapi saya sentiasa berpegang kepada Allah.

“Saya yakin pasti ada ganjaran besar dijanjikan. Saya percaya selagi tidak menganiaya, sakitkan hati dan menyentuh isu perkauman dan kenegaraan, selagi itu saya tidak akan berputus asa meneruskan langkah. Mungkin ada benda yang Allah mahu saya betulkan lagi,” katanya kepada BH Online.

Shuib akui, pernah timbul perasan putus asa hingga terfikir mahu berundur selepas lebih sedekad berada dalam dunia hiburan. Namun, dirinya semakin tebal dengan tohmahan apabila semakin lama dalam industri seni.

“Mungkin ramai menganggap tugas pelawak mudah, namun ia tidaklah semudah yang disangka memandangkan perlu memerah otak setiap kali sebelum muncul atas pentas.

“Perkara paling sukar bagaimana mahu memastikan penonton terhibur dengan lawak dipersembahkan. Jika tersilap langkah, jadi bahan kecaman.

“Berlawak tidak sama seperti bidang nyanyian. Penyanyi boleh menyanyikan lagu yang sama berulang kali. Sebaliknya pelawak pula perlu memastikan lawak yang dipersembahkan terkini dan tidak basi,” katanya.

Berita Shuib Sepahtu dan isterinya, Sita Sarah Raisuddin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram menjadi satu topik hangat hingga mereka menjadi mangsa serangan netizen. – Foto IG Shuib Sepahtu

Shuib berkata, bukan kerja berlawak dan membuatkan orang ketawa.

“Tetapi, ia satu perasaan luar biasa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila berjaya mencuit hati penonton dan membuatkan orang tertawa.

“Dalam apa sahaja bidang yang diceburi, perlu akur ada orang suka dan sebaliknya pada kita. Pada awal pembabitan, pernah juga terbit rasa putus asa.

“Bagaimanapun, apabila semakin matang, saya tidak ambil pusing lagi cercaan dan teguran yang dilemparkan. Tidak ada pelawak yang ingin dimalukan dan memalukan diri. Bagi saya, jika lawak tidak menjadi, anggap sebagai tiada rezeki,” katanya yang memerlukan panduan sebelum tampil di pentas.

Selain itu, katanya, dia akan berbincang dengan teman-teman terlebih dahulu supaya persembahan lebih lancar,

setiap kali membuat persembahan secara berkumpulan.

Sementara itu, berkongsi perancangannya untuk 2021, Shuib berkata, dia akan memperlahankan aktiviti seninya.

“Saya akan memberikan lebih banyak fokus kepada dunia perniagaan selama tiga tahun bermula tahun ini. Saya mempunyai misi dan visi dalam perniagaan, jadi mungkin saya akan memperlahankan sedikit aktiviti seni.

“Saya akan tetap muncul dalam program televisyen (TV) sekiranya diperlukan, tetapi fokus utama adalah perniagaan.

“Insya-Allah, jika diizinkan menimang cahaya mata, saya ingin menambah anak. Selain itu, saya dan isteri ingin fokus membesarkan tiga cahaya mata, terutamanya dalam soal pembelajaran. Doakan perjalanan saya dan keluarga di permudahkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply