Akhirnya Gadis Ini Tampil Buka Cerita Sebenar Selepas Dia Beritahu Dignggu Angg0ta Ketika Sekatan Jalan Raya

Kuala Lumpur: “Saya mengaku s.ilap kerana tidak memakai c.oli ketika itu, namun ia bukan alasan untuk anggota polis berkenaan melayan saya sebegitu,” kata kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Anita, 24.

Menceritakan semula pengalamannya dig.anggu secara sek.sual oleh seorang anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Duta, di sini, Anita memaklumkan dia dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam, Selangor selepas mengambil barang pada 7 malam semalam.

Anita berkata, dia kemudian dit.ahan seorang anggota polis yang membuat pemeriksaan di SJR berkenaan.

“Anggota polis berkenaan meminta saya menunjukkan surat kebenaran (rentas negeri) serta lesen memandu, namun saya g.agal menunjukkan lesen memandu kerana ia terlupa membawanya.

“Dia (anggota polis) kemudian meminta saya memberhentikan kereta di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut. Ketika pemeriksaan itu, dia menegur saya yang memakai baju tidur tanpa c.oli.

“Tindakan dia menegur perkara itu (tidak memakai c.oli) menyebabkan saya menjadi malu dan terus menutup dada kerana tidak selesa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anggota polis berkenaan juga memintanya membuka baju tidur untuk ditunjukkan kepadanya sebagai b.ukti bahawa dia benar-benar tidak memakai c.oli.

“Dia minta saya buka baju untuk tunjuk sama ada saya pakai c.oli atau tidak. Malah, dia seolah-olah meng.ugut dengan memberitahu akan menya.man saya sekiranya tidak berbuat demikian.

“Saya yang m.arah dengan t.indakannya itu kemudian memintanya supaya memberikan saya s.aman sekiranya ada melakukan kes.alahan. Namun, anggota berkenaan terus pergi ke khemah dan mengambil telefon bimbitnya.

“Dia kemudian meminta saya memberikan nombor telefon sebelum saya dibenarkan meneruskan perjalanan pulang,” katanya.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia menerima panggilan telefon daripada anggota polis itu yang mengajaknya keluar bersama.

“Saya menceritakan perkara itu kepada rakan yang kemudian menyarankan supaya membuat hantaran berhubung keja.dian itu di media sosial sebagai peng.ajaran kepada orang lain,” katanya yang membuat lap0ran kejadian di Balai Polis Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima lap.oran berhubung kejadlan berkenaan.

“Kess itu masih dalam s.iasatan dan pihak kami sudah membuka kertas ink.uiri berhubung kej.adian terb.abit,” katanya.

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply