Gaji pertama aku bagi mak RM100. Tapi mak ketawa dan perli2 aku. Bila aku bgi RM500 mak minta aku buat loan macam2 pulak

Assalamualaikum wbt pembaca semua. Aku seorang perempuan, anak kedua daripada lima beradik, baru berkahwin setahun lebih, dan kini mengandung 7 bulan.

Alhamdulillah suami aku bertanggungjawab orangnya, ambil berat hal rumahtangga, tolong buat kerja rumah & masa mengandung ni memang boleh dikatakan dia lebih banyak selesaikan kerja rumah berbanding aku. Aku hanya buat mana yang mampu & focus pada tugas memasak.

Sepanjang kehamilan ni aku akui banyak sgt masalah yang aku hadapi. Kehamilan alhamdulillah okay, cuma aku ada GDM (kencing manis masa mengandung) yang buat rasa stress sikit masa mula2 dulu.

Tapi lama kelamaan dah pandai sikit kawal food intake untuk control kandungan gula dalam darah.

Masa tu aku yakin dan terus decide selepas discuss dengan suami.

Tapi semuanya tak semudah yang disangka. Start dengan approach kawan2 untuk cuba buat sales, hasilnya daripada 20 orang kawan yang aku ada, dalam 6 orang setuju,

5 orang politely rejected, dan yang lagi 9 orang terus dah tak nak kawan aku hahaha. Kelakar juga,

macam moment of truth yang mana kau boleh tahu mana kawan dan mana kenalan, walhal selama ni kau macam perasan sorang2 kau ada ramai kawan kahkah.

Ada juga yang kata, dah nak menjual baru nak cari kawan, kalau tak, takde nak tegur atau message.

Kalau orang2 sales ni lain sikit, kerja sungguh belum tentu lagi dapat hasil on the spot, and kalau tak sungguh memang confirm2 tak dapat apooo.

Let’s just try to respect kerja orang juga. Bukan judge lepas tu condemn, ok?

Lahhh membebel pulak aku. Okay back to the point, pasal masalah. Yes, sangat susah. Apa yang ku plan tak menjadi,

semangat yang mulanya berkobar makin hilang dan hasil pun belum lagi nampak sepenuhnya. Savings bukan banyak pun,

tapi ada standby ngam untuk 6 bulan. Masa berlalu, savings pun berkurang sebab komitmen still kena bayar (car loan, ptptn etc) dan lama kelamaan jadi stress.

Ah kau judge lah ikut suka kau, kalau kau kat tempat aku pun aku sure kau sentap kena perli dan ditertawakan disaat kau genuinely gembira share gaji pertama dengan mak tersayang.

Lepas pada tu aku nekad. Aku taknak kena perli lagi. Aku nekad allocate RM300 every month. Bila aku dapat kerja lain mak aku akan sentiasa ambil tahu berapa gaji aku dan masuk gaji berapa haribulan.

Kalau lewat sikit transfer, bersedialah terima reminder kat whatsapp “Hai, bulan ni takde bagi mak ke?

Gaji semalam kan? “ ya allah aku bersyukur mak aku sangat ambil berat……tentang gaji aku.

Maka bila dia tahu gaji kerja baru ada kenaikan, atau yearly ada increment, dia akan insist untuk tahu,

Masa bujang juga, aku ada banyak loan. Mak aku suruh beli peti ais baru, tv baru, almari baru dekat courts mammoth sebab masa tu aku tak mampu nak bayar cash untuk beli semua barang tu.

And kata beliau, aku ni dah kerja nak dekat 3 tahun (waktu tu) tapi saaaaaatu benda pun tak pernah beli untuk rumah tu.

Laaaa, aku ingat tugas kita sebagai anak bagi duit bulanan je kat mak, sebab aku pun duduk rumah sewa, tak sangka rupanya kita ada tanggungjawab beli perabot tu jugak.

Masa tu aku ralat la, rasa macam anak tak guna dan aku terngiang2 kata2 mak aku tu (lagi2 part saaaatu benda pun tak pernah beli) ya,

part satu tu memang panjang dalam 5 harkat, nampak tak betapa emphasize nya aku punya level tak guna tu?

Selepas episod courts tamat, aku di pujuk lagi oleh mak untuk buat loan untuk motor, bagi kegunaan adik aku yang second last.

Okay aku faham lah sebab adik2 masa tu semua memang tengah study. Mak kata, bayar bulan nanti kongsi2 la, dia RM100, aku RM150.

Aku pun setuju je la walaupun masa tu kau ada plan nak guna duit untuk benda lain ke apa, kisah pulak sesiapa dengan plan kau, tak gitu?

Kalau aku guna alasan ada komitmen lain, hah hadap lah ceramah free “komitmen apa nya kau bukan dah kawin ataupun ada anak,

mak dengan ayah ni anak 5 lagi banyak komitmen bla bla” okay fine,

Lepas kawin, seriously banyak kan kita nak guna duit. Memang la suami lebih bertanggungjawab bab duit tapi kita sendiri ada komitment

and ada certain benda yang aku ok je nak share the load dengan suami untuk sementara waktu sbb kitorang baru nak mula hidup baru, nak setup rumah,

beli barang rumah etc. So masa tu aku terpaksa kurangkan sikit duit yang bagi kat mak sebab nak settle down urusan hidup baru dulu.

Then mak pun bagi ayat sentap. Masa mak tanya kenapa dah kawin makin miskin, aku sedih la sebab firstly, aku taknak dia ada impression apa2 pasal suami aku.

He is doing good cuma aku tak sampai hati kalau biarkan dia keluarkan duit sorang2. Stress juga masa tu, aku cakap kat mak, ada banyak benda nak settle dulu.

Tapi untuk kerja yang aku buat, entahlah. Ada masanya rasa macam adakah ini sebab tak berkat?

Adakah mak aku tak redha aku kerja buat sales and dia prefer kerja aku yang dulu? (dulu kerja bank,

orang tua suka la sebab senang nak ingat and nak cerita kalau orang tanya anak kerja apa, maybe. Dan income pun stable)

Aku sangat susah nak close sales sekarang, kerja dari pagi sampai petang pun belum tentu mendatangkan hasil.

Kadang ter compare juga dengan orang lain yang nampak mudah je semuanya. Bila borak dengan diorang, mostly kata family is their main motivation. Buat aku terfikir, adakah aku tak ikhlas dengan family aku macam diorang?

Adakah aku masih considered as fake walau sedalam mana aku cuba ikhlaskan hati?

Dulu aku dapat bayar zakat setiap bulan tapi sekarang, zakat pun aku sanggup nak stop sebab struggle, tak bagus kan?

Adakah aku lupa kalau kita bersedekah rezeki kita takkan sempit? Tapi dalam kes ni, setelah sempit baru aku stop..

Camne niiii aku serba salahh (eleh dah buat salah tak bayar zakat masih lagi nak pertahankan diri sendiri. Apooo)

Entahlah.. Aku letih sangat. Banyak hari aku nangis before tertidur (tapi skill nangis secara silent aku ni sangat power sampai suami tak kan notice bini kat sebelah tengah berjujuran air mata hahaha) nangis masa mandi jangan cakap lah, itu kan me time paling mujarab .

Aku harap Allah ampunkan dosa suami, ibu bapa, adik beradik dan kawan2 aku. Semoga Allah permudahkan urusan mereka,

lipat gandakan rezeki mereka untuk setiap duit yang suami aku belanjakan untuk kami sekeluarga / duit yang mak ayah pernah belanjakan untuk aku dan adik beradik / duit yang kawan2 pernah pinjamkan kepada aku ketika aku susah.

Syukur untuk semua pinjaman daripada kawan2 yang aku pernah dapat dan dah bayar semula & aku harap Allah izinkan aku untuk dapat rezeki untuk bayar hutang mereka yang belum dapat aku langsaikan. Aamiin YRA.

Aku harap semuanya selesai sebelum aku bersalin, dan semoga Allah ambil aku kembali ketika bersalin nanti, sebab aku tak pandai hidup. Tolong doakan Allah akan ampunkan aku, mungkin doa korang semua lebih mujarab.

Semoga Allah permudahkan urusan korang semua. InsyaaAllah

Be the first to comment

Leave a Reply