Elak tekanan Terbuka Australia

Melbourne: Juara Grand Slam pertama dari Poland, Iga Swiatek tidak meletakkan sasaran tinggi pada Terbuka Australia, sebaliknya mahu beraksi tanpa tekanan dan menikmati suasana pertandingan.

Bintang berusia 19 tahun itu layak beraksi selepas melakar sejarah muncul juara Terbuka Perancis tahun lalu dengan menewaskan juara bertahan Terbuka Australia, Sofia Kenin 6-4, 6-1.

Kembali ke Melbourne untuk Grand Slam pertama tahun ini bermula 8 Februari, Iga akan beraksi pada kejohanan pemanas badan, Gippsland Trophy minggu ini selepas memenuhi tempoh kuarantin selama dua minggu.

“Saya tidak berasa risau tetapi rasa teruja,” katanya.

“Secara asasnya memang ada sedikit tekanan tetapi itu adalah perkara biasa.

“Saya tidak pernah berasa lebih tertekan berbanding ketika Terbuka Perancis. Sebenarnya, saya rasa yakin mampu mempamer aksi terbaik tetapi ia bergantung kepada persiapan dan sikap saya.

“Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi meskipun saya beraksi dengan baik pada pra-musim.”

Swiatek yang kini menduduki ranking ke-17 dunia mengakui hidupnya berubah sejak muncul pemenang di Roland Garros, iaitu daripada seorang gadis yang tidak dikenali kepada seorang selebriti.

Dia melakar sejarah muncul pemain wanita termuda memenangi Terbuka Perancis sejak Monica Seles pada 1992.

Be the first to comment

Leave a Reply