pengakuan fara

[VIDEO] Fara Salleh mengaku sk4ndal dengan Shuk Sahar sudah berakhir – “Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!”
TAKUT dengan pelbagai ugvtan daripada individu tidak dikenali, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sul1t dengan penyampai radio, Shuk Sahar tampil membuat lap0ran p0lis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.

Menurut wanita dikenali sebagai Fara Salleh, 28, dia kesal apabila isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

“Saya terima bermacam-macam ugvtan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang ugvt nak b*nuh… sebab tu saya terpaksa buat lap0ran p0lis.

“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada mStar pada Ahad malam.

Fara akui hubungannya dengan Shuk sudah berakhir.

Dia temui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diser4ng’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di kediamannya.

Menurut Fara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, Rossalennah hadir ke rumahnya dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah.

Bagaimanapun Fara enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

“Saya diser4ng dan dip4ksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam Selangor dan polis… biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.

Antara mesej yang diterima Fara menerusi WhatsApp daripada individu tidak dikenali.

“Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour… dia boleh tengok ada atau pun tidak,” katanya.

Sementara itu ditanya sama ada dia masih menjalinkan hubungan dengan Shuk seperti yang didakwa, dia mengakui segalanya sudah berakhir.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!” katanya ringkas.

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply