-Safiey

Saya Seorang Mak Nyah” – Safiey Ilias Tertekan Semakin Dikecam

Safiey yang turut memuat naik sebuah rakaman video memperlihatkan dia sedang membuat pembedahan atas payv dara nya turut memohon maaf seandainya kehadiran itu tidak disenangi dan berharap agar orang ramai tidak terus menentangnya.

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Ilias menerusi hantaran di laman Instagram meluahkan isi hatinya yang berasa tertekan selama ini akibat terus dikecam oleh warganet kerana penampilannya seperti seorang wanita.

Enggan Berpura-pura

 

Menurut Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, dia akui bahawa dirinya merupakan seorang transeksual (mak nyah) dan tidak malu untuk mengaku akan statusnya kerana enggan berpura-pura. Dia berkata selama ini menerima dengan hati terbuka segala kecaman dan teguran, namun netizen tidak mengetahuu bahawa dia telah lama bertarung dengan tekanan perasaan (depression).

“Tak apa if u hate me , if u dont like me”

“Saya selalu dibuli , dihina , dicaci , dimaki . Dimedia sosial , macam-macam penghinaan diberi”

Dah 5 tahun saya bertarung dgn depression dan bipolar , semua hinaan, saya telan . Saya tak malu mengaku saya siapa . Maafkan saya jika kehadiran saya membuatmu tidak senang . Saya tak mintak apa-apa , sekadar secebis kasih sayang “luah Safiey

Kongsi Video Pembedahan Payv  Dara

Safiey yang turut memuat naik sebuah rakaman video memperlihatkan dia sedang membuat pembedahan atas payv dara nya turut memohon maaf seandainya kehadiran itu tidak disenangi dan berharap agar orang ramai tidak terus menentangnya.

“Its okay saya dimaki kerana terlalu jujur tentang semua benda . Daripada saya menjadi fake dan nampak mulia dimata semua” katanya lagi

Terdahulu, Safiey menjadi perhatian setelah beberapa kali mengubah penampilannya daripada seorang lelaki kepada seorang wanita dan sebaliknya. Dia turut pernah diundang ke sebuah rancangan bagi berkongsi kisah hijrahnya itu sebelum kembali menjadi seorang wanita.murai

Andai Tak Boleh Terima, Tak Perlu Menentang Saya” – Safiey Illias

 

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias meluahkan isi hatinya mengenai nasib yang sering menimpa dirinya apabila tidak putus-putus menerima kecaman daripada masyarakat sekeliling.Biarpun begitu, menurut Safiey, dia menerima dengan hati terbuka akan segala bentuk hinaan dan teguran yang diberikan kepadanya selama ini.

“Saya sayang semua. Saya sayang yang ambil berat dekat saya. Dah lima tahun saya bertarung dengan depresi dan bipolar, semua hinaan, saya telan. Saya tak malu mengaku saya siapa.
“Maafkan saya jika kehadiran saya membuatmu tidak senang. Saya tak mintak apa-apa, sekadar secebis kasih sayang,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Jelasnya lagi, dia juga tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menerima dirinya.
Sungguhpun begitu, katanya, sekalipun ada hal yang dilakukannya tidak disenangi umum, dia berharap agar dirinya tidak berterusan ditentang.

“Tak perlu terima saya, tapi andai tak boleh terima saya, tak perlu menentang saya.
“Buatlah hal masing-masing, duduk diam. Kenapa kamu perlu tentang saya? Saya bukan musuh anda. Saya tak kacau orang,” katanya.

Jelasnya lagi, apa yang sering dilihat umum mengenai dirinya adalah sesuatu yang tidak menggambarkan dirinya yang sebenar.”Saya buat apa saya suka dan saya tak kaitkan sesiapa. Saya okey dimaki kerana terlalu jujur tentang semua benda daripada menjadi fake dan nampak mulia di mata semua,” jelasnya.Sebelum ini, Safiey sering menerima kecaman umum dengan perbuatannya yang cuba mengubah bentuk fizikalnya.Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply