Knapa Pergi Claim

Aktres Rita Rudaini tampil bersuara selepas bekas suami, Aidil Zafuan membuat kenyataan meminta fithah dan tohmahan dihentikan terhadap dirinya.

Rita menerusi ruangan IG Storynya berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak berumur 1 dan 3 tahun, itulah duitnya, perbelanjaan susu dan pampers.

“Sekarang tahun berapa ya? Dah 2021 tapi amaun yang sama…Tak ada duit baju raya, tiada baju raya, tiada duit sekolah, tiada duit taska.“Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot, tak bagi? Tapi saya diamkan sahajalah sebab berapa sangatlah pun untuk anak-anak yang dah besar ni. Amaun sama dari 2013.

“Saya tak pernah bising…Tak pernah mintak duit sekolah, duit perayaan, baju raya, duit raya…Anak kena bul1, saya tak kacau dia pun dan dia pun tak berbunyi. Hari ni berbunyi pula,” katanya.
Dalam kenyataan sama Rita turut memberitahu Aidil telah membuat tuntutan pada bahagian perbelanjaan anak di borang cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Hari ni berbunyi pasal kes LHDN ke? Kenapa pergi claim? Kesian saya sebab bela anak sorang-sorang. Saya bukan nak claim tapi masa nak isi borang tu rupa-rupanya dah ada orang claim.“Saya tak bising pun masa dapat tahu 4 tahun lepas. Alahai…nak bagi tahu netizen sebab netizen kecam? Takut? Lebih takut netizen dari takut Allah,” katanya.

Dalam beberapa muatnaik lain Rita turut mempersoalkan mengapa Aidil tidak memberitahu jumlah amaun nafkah yang diberikan kepada anak-anak mereka.Rita turut memaparkan paparan skrin perbualan bersama peguam memohon Aidil mengemukakan bukti seperti didakwa.Turut menjadi persoalan buat Rita ialah mengapa Aidil tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan ketika anak menjadi mangsa buli dan dituduh sebagai anak luar n1kah.

 

 

 

Tambah Rita, Aidil sepatutnya bersyukur kerana bekas isterinya mendidik anak-anak sehingga berada di tahap sekarang dan tidak pernah lari dari tanggungjawab terhadap mereka.Patut hang bersyukur la ada bekas bini yang bagus didik benih hang ni jadi manusia. Sekurang-kurangnya aku tak lari tinggal anak-anak aku macam….Pi mana pun aku bawak.

Didik sorang-sorang tak pernah cuit or kacau duit harta hang pun….Tak reti bersyukur langsung, alahai…,” luahnya.Kata Rita lagi, pengalaman lalu menjadikan dia seorang yang lantang bersuara dan berani seperti hari ini.

Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnah dan dimaki sehingga menyebabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.
Selain itu Aidil turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, mencaci dan menghina sehingga boleh menjejaskan reputasinya.

 

 

 

saat indah mereka

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply