Dedah Bagaimana Dip3 rangkap

Kh4 lwat: Shahrizal Jaszle Dedah Bagaimana Dip3 rangkap
Selasa, 08 Disember 2015

PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle men d4kwa kejadian dia ditangkap kh4 lwat dengan Farah Nurizzati Salleh, 25, pada 16 Mei 2013 merupakan per4 ngkap wanita itu sendiri.

Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle, 27, memberitahu, wanita berkenaan berbuat demikian kerana cuba memv tuskan hubungannya dengan bekas tunang ketika itu Redwani Puteri.

Shahrizal memberi keterangan tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah di sini pada Selasa.

“Saya mengenali Farah tiga minggu sebelum ditangkap kh4 lwat. Dia merupakan penjaga pakaian produksi untuk drama lakonan saya. Saya yakin apa yang berlaku adalah rancangannya yang mahu saya putus tunang ketika itu.

“Pada 15 Mei 2013 selepas pulang daripada penggambaran saya berada di rumah kira-kira pukul 11 malam dan kemudian dihubungi oleh Farah meminta saya datang ke rumahnya untuk memilih baju yang perlu dipakai esok, ketika itu dia mahu ambil saya di rumah untuk ke rumahnya.

Shahrizal Jaszle ketika hadir ke mahkamah sebelum ini.

“Selepas memilih baju, dia kemudian menyuruh saya ke biliknya untuk berehat dan selepas itu saya terlelap di kat1lnya sehingga pada pukul 3.50 pagi iaitu pada 16 Mei 2013 sehingga saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan saya sedar Farah membuka lampu dan pintu,” ujarnya.

Shahrizal berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan oleh peguam syarie Muhammad Hafiz Ab Rashid.

Selain Muhammad Hafiz, dia turut diwakili peguam peguam syarie, Asyraf A. Ranee.

Pendakwaan dilakukan oleh pendakwa syarie, Fairus Jaafar.

Sementara itu ketika menjawab soalan apakah membuatkan dia berasa terdapat elemen rancangan yang diatur oleh wanita tersebut, jawab Shahrizal ia adalah menerusi perkataan pertama wanita itu sebelum membuka pintu.

“Ketika dia (Farah Nurizzati) ingin membuka pintu bilik dan melihat siapa yang ketuk, dia awal-awal memberitahu dia risaukan kerjaya saya.

“Dari situ saya sudah syak bahawa ia adalah satu perangkap dan ketika saya menyerahkan kad pengenalan kepada anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya ada bertanya kepada mereka siapa yang membuat laporan dan pukul berapa laporan dilakukan.

“Anggota Jais memberitahu laporan dibuat pada pukul 11 malam dan dilakukan oleh orang dalam rumah tersebut, walhal ketika pukul 11 malam saya masih berada di rumah saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shahrizal turut memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai bukti kukuh berkaitan kejadian tersebut yang disifatkannya sebagai suatu perangkap.

Kes berkenaan bersambung pada 23 Februari 2016.

Menurut fakta kes dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Bagaimanapun, pada sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.

Shahrizal pernah bertunang dengan Redwani Puteri pada 8 Disember 2012, namun putus pada sekitar Jun 2013.

 

Pada 1 Mei lalu, Shahrizal telah berkahwin dalam diam dengan Hanis Husna Mohamad Nadzree.

https://www. mstar.com. my/spotlight/hiburan/2015/12/08/shahz-jaszle-khalwat

PENGAKUAN WANITA ITU (farah saleh?) tentang hubungan mereka berdua?

Kes Kh4lwat : Wanita Mengaku Kekasih Pelakon Lelaki Terkenal

 

 

Susulan kes kh4 lwat melibatkan seorang pelakon lelaki terkenal sekitar pertengahan bulan lalu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih pelakon lelaki tersebut telah tampil memberi keterangan.

Menurut wanita itu, mereka telah d1 intip oleh pihak berkuasa sejak dua minggu sebelum penangkapan berlaku dan sekaligus menolak dakwaan kononnya pelakon lelaki tersebut diperangkap.

Semua orang dah tahu pasal kes pelakon lelaki ditangkap kh4 lwat dan wanita yang ditangkap dengan dia itu adalah saya sendiri.

Ia bukanlah satu per4 ngkap. Tak ada siapa yang nak perangkap dia dalam hal ini. Dengar daripada prosedur JAIS, mereka tak akan tangkap seseorang itu sejam sebelum dapat maklumat, mereka akan ambil masa dalam dua minggu macam itu untuk intip. Jika benda itu berlarutan, baru dia akan buat s3rbuan.

Kami dah diintip lama daripada pihak JAIS sendiri. – Ujar wanita tersebut menerusi laporan Melodi semalam.

Temubual wanita berkenaan bersama wartawan Melodi, Zuan Azmi

Mengulas lebih lanjut mengenai kes kh4 lwat ini, wanita tersebut turut mendedahkan kepada pihak Melodi bahawa dia dan pelakon lelaki itu telah menjalinkan hubungan hampir sebulan dan mengaku pernah berjumpa dengan keluarga aktor berkenaan.

Dia hanya cakap dalam rumah itu ada lima orang. Saya tengah bersihkan baju konti dan dia pula masa itu tiba-tiba tertidur dalam bilik. Kalau tertidur, takkan dalam keadaan macam itu. Takkan JAIS akan isytihar benda ini satu kes kh4 lwat.

Dia bersama dengan saya hampir sebulan. Dia t1nggal dekat rumah itu. Hubungan kami already declare. We are in relationship.

Dalam sebulan, dia hari-hari dengan saya, apa yang dia buat semuanya dengan saya. Dalam seminggu, sekali atau dua kali baru dia akan balik rumah. Selebihnya dia ada dengan saya.

 

Saya pun pernah jumpa dengan keluarga dia lebih daripada sekali. Banyak kali juga kami pergi membeli belah, datang rumah dia dan keluarga dia memang kenal saya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut mendedahkan tunang pelakon lelaki tersebut pernah datang berjumpa dengannya bagi membincangkan kes khalwat ini.

https://ohbulan .com /kes-khalwat- wanita-mengaku-kekasih-pelakon-lelaki-terkenal

 

Be the first to comment

Leave a Reply