majlis serba MUA Bellaz

Pengguna Facebook dan Instagram terutamanya golongan wanita pastinya mengenali selebriti media sosial, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini.

Kerap kali membuat tutorial mekap secara live di media sosial membuatkan ramai pengikutnya menjadikan wanita tersebut rujukan dalam menatarias wajah.

Dengan kejayaan MUA Bellaz dalam dunia solekan ini, dia mampu mengubah taraf hidup dari anak kampung menjadi usahawan yang memberi inspirasi kepada semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Bersanding sambut anniversary ke-8
Baru-baru ini, Bellaz sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila bersanding semula bersama suami tercinta pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Dua2 segak pakai songet pink!
Bellaz dan suami yang masing-masing segak menggayakan busana songket bewarna merah jambu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada 36,000 warganet yang menonton persandingan mereka di Facebook live dua hari lalu.

Paling mencuit hati pastinya gurauan suami yang mahu menambah lagi cahaya mata walaupun sudah mempunyai dua orang zuriat.

Perfect couple!
Perkongsian Bellaz itu telah mendapat perhatian warganet apabila masing-masing meninggalkan komen dengan memuji penampilan mereka suami isteri yang seperti pasangan pengantin baru walaupun sudah lama berkahwinan.

Rata-rata daripada mereka juga sempat mendoakan agar hubungan rumah tangga bellaz dan suaminya Anuar Muhammad,29 terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Kenan betui kami tengok Bellaz ni

Semoga korang berdua terus diberi kesihatan yang baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

baby sebiji anak mix cutenya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

warna soft ni betul2 cantik bella pakai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Mua Bellaz ‘Tayang’ Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk Tapi Kongsi Sukses, Sumber Inspirasi Sangat!

 

Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek popular dari utara, Mua Bellaz. Hasil dan kreativitinya dalam dunia solekan memang dikagumi ramai. Malah dia rajin membuat tutorial live mekap di Facebook.

Usaha Bella tidak sia-sia kerana dengan tutorial mekap yang sering dilakukan di laman Facebooknya menyebabkan namanya menjadi fenomena dengan loghat utara yang cukup pekat dan memikat hati.

Gayanya yang selamba dan bersahaja membuatkan ramai mengikutnya di laman sosial facebook gemar melihat tutorial mekap yang dilakukannya. Bukan itu sahaja dia juga sering membuat kelas solekan di seluruh negara dan kemunculannya memang amat dinanti.

Ramai tahu sebelum ini sejarah hidup Mua Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabilah Zulyadaini yang menempuh pelbagai halangan sebelum berjaya dikenali seperti hari ini.

Dia yang dulunya hanya seorang gadis kampung berbasikal ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk keluarganya.

Malah hanya sempat menyambung pengajian sehingga tingkatan lima sahaja dengan memperolehi sijil SPM itupun menurutunya setelah cikgu membayarkan yuran untuk mengambil peperiksaan berkenaan.

Bukan itu sahaja dia juga pernah ikat perut untuk makan semata-mata mahu menyerahkan duit hasil kerja yang dibuat ketika itu (kelas ikan) kepada emaknya bagi membeli barangan dapur untuk makan keesokan hari.

Justeru apabila kehidupannya sudah semakin senang hari ini, dia tidak akan sesekali melupakan pengalaman lalu yang mengajar dirinya erti sebuah kehidupan.

Melalui satu hantaran di Instagramnya, Bella berkongsi kegembiraannya berpindah ke rumah baru.

Tulisnya:

Siapa sangka kan.. saya yang naik gerek sebelum ni, niaga karipap pagi-pagi buat makeup background berlatarkan papan umah kesayangan saya..hina saya sehina nya.. Fitnah macam-macamm saya sabar terus sabar…..

make up macam DS siti liza

Be the first to comment

Leave a Reply