Scha tampil menjawab persoalan-persoalan netizen,

Tidak pernah sunyi daripada kontroversi, pelakon baharu sensasi, Scha Elinnea sekali lagi menjadi perhatian umum apabila memuat naik foto yang memaparkan aksi lincah dirinya sedang membuat Fly Yoga ataupun Pilates di laman sosial Instagram miliknya.

Foto yang dimuat naik itu dilihat agak seksi dan turut menampakkan ‘tatu’ di beberapa bahagian di badannya sehingga mengundang persoalan netizen dan pengikut Scha.

Namun tidak cepat melatah, Scha tampil menjawab persoalan-persoalan netizen, mengatakan bahawa ia adalah tatu palsu yang ditampal di badannya.

 

Bercakap mengenai penampilannya yang seksi, menurut laporan Harian Metro sebelum ini, pelakon itu mengakui dia hanya mahu menjadi diri sendiri dan keluarganya tidak kisah dengan tindakannya itu kerana mereka lebih terbuka dengan hal berkenaan.

“Keluarga saya jenis tak kisah dan mereka tahu saya kerap berpenampilan seksi, malah ibu saya sendiri mengikuti saya di media sosial.

“Keluarga saya bersikap terbuka, asalkan saya tak buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga seperti mengambil dadah, berkhalwat atau hamil anak luar nikah.

 

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe, peminat dan pengikutnya di laman sosial juga tidak kisah melihat dirinya berpakaian seksi.

“Malah peminat juga tiada masalah apabila melihat saya memakai pakaian seksi. Mereka menyokong penampilan yang saya gayakan,” katanya.

hotfm

Biodata Scha Elinnea, Pelakon Drama Tuan Danial

Drama bersiri terbaharu, ‘Tuan Danial’ membuka ruang untuk pelakon Scha Elinnea terus membuktikan nilai bakat lakonan dimiliki, sekaligus menjadi antara pelakon muda berpotensi yang hadir dengan pakej lengkap.

Karya adaptasi novel nukilan Azizah Ami itu antara lain menampilkan Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Scha Elinnea, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Mathni Razak dan ramai lagi.

Jom kenali dengan lebih dekat pelakon dan model wanita yang memulakan langkah kariernya sebagai ‘instafamous’ ini.

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Natasha binti Mohamed Mubeen. Menggunakan nama komersial, Scha Elinnea. Juga mesra dipanggil Scha dan Tasha.

 

2. Kelahiran Sungai Petani, Kedah pada 23 Jun 1999. Kini berusia 20 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM).

5. Bergiat aktif sebagai pelakon dan model sejak tahun 2017.

6. Bernaung di bawah syarikat pengurusan, Prokuya Studios milik pelakon Fadzil Zahari yang juga merupakan pengurus kariernya.

7. Memulakan langkah awal sebagai pelakon menerusi drama sulungnya, Mr. Grey, memegang peranan sebagai ‘Nurul Jannah’.

8. Selain itu, beliau pernah membintangi drama Pencuri Cinta Kelas Satu pada tahun 2018, Cik Reen Encik Ngok Ngek (2018), Voice Note (2019) dan Tuan Danial (2019).

9. Meletakkan pelakon tempatan, Nabila Huda dan Yana Samsudin, selain bintang Hollywood, Kristen Stewart sebagai rujukan dalam bidang lakonan.

Fakta Menarik

Juga bergelar ‘instafamous’ yang gemar membuat demonstrasi solekan di Instagram sejak umur 17 tahun. Kini akaun Instagramnya yang menggunakan nama @schaelinnea sudah mengumpul lebih 370,000 pengikut.Selain lakonan, beliau turut meminati bidang fesyen dan solekan.

Be the first to comment

Leave a Reply