waj4h Safiey Terkini

Setiap orang pasti mengimpikan untuk kelihatan sempurna dan menarik setiap masa. Malahan sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi kelihatan sempurna di khalayak ramai.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Safiey Illias atau nama sebenarnya Saifuddin Illias memuat naik sebuah video menunjukkan dia sedang menjalani prosedur pembedahan plastik di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, usahawan berusia 27 tahun itu yang lebih mesra disapa ‘Ratu’ sempat lagi berbual dengan doktor dan menyanyi walaupun berada dalam keadaan separa sedar akibat dibius.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan perasaan s3 ram dan t4 kut melihat prosedur yang dijalani oleh Safiey itu. Mana taknya, jarum suntikan dir0 d0 k begitu sahaja sebanyak beberapa kali ke dalam kulit wajahnya!

Bagaimanapun, baru sahaja selesai menjalani pembedahan plastik, semalam Safiey ada membuat siaran ‘Live’ di laman Instagram miliknya itu.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah keadaan wajah Safiey yang kelihatan bengk4 k dan masih belum pulih sepenuhnya berikutan pembedahan yang dijalani. Sehingga ada yang menyangka dia menggunakan ‘filter’.

Lelaki Menyerupai Perempuan Atau Sebaliknya Dilaknat Allah

KUANTAN: Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

“Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

“Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Melainkan, katanya, golongan ‘khunsa muskhil’ yang dilahirkan dalam keadan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.mstar

Be the first to comment

Leave a Reply