kecomelan baby Nur Fatima Aisya (anak faz n fattah) yg tiada batasan

Sebelum ini Aktres jelita Nur Fazura mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi wajah anaknya, Nur Fatima Aisya walaupun hanya kelihatan sebahagian tepi.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura memuat naik foto anaknya sedang nyenyak tidur berbantalkan tilam bayi empuk untuk tatapan umum.

“Selasa sangat sampai Fatima akan tidur di sini. Saya dan daddy boleh tenangkan dan selesakan Fatima dengan mudah bila dia menangis pada waktu malam,” tulis Fazura di bahagian kapsyen.Menerusi perkongsian itu lagi, Fatima mengenakan persalinan warna merah jambu lengkap bertopi dan memakai stokin.

Foto ini juga merupakan pertama kali Fazura mendedahkan wajah anaknya sejak Fatima lahir pada 2 Oktober lalu.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila penantian mereka melihat wajah Fatima berakhir meskipun hanya sipi-sipi.

Ramai yang memuji wajah Fatima dan aksi manjanya di samping ibu.

“Baby Fatima sangat cute dan mommy Fazura sangat cantik!” puji seorang wargamaya.

“Dapat tengok sipi-sipi pun jadilah,” kata seorang wargamaya.

“Alololo finally, assalamualaikum Nur Fatima Aisya,” ujar seorang wargamaya.

“Finally Fatima tunjuk muka. Sipi-sipi pun buat peminat gembira. Cutenya! Mommy pun cantik,” tulis seorang wargamaya.

“Macam muka Fattah Amin je,” usik seorang wargamaya.

“Dah lama saya tunggu nak tengok baby Faz. Assalamualaikum Fatima, alolo cutenya,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 300,000 tanda suka daripada pengikut Fazura.

Selebriti cantik, Fazura ada berkongsi sepotong video pendek sambil memangku permata hatinya, Nur Fatima Aisya menerusi Instagram.

Video kandid dalam durasi kurang 10 saat itu merakamkan Fatima tiba-tiba bersin lalu disambut sapaan lembut daripada ibunya.

“Allah! Oh Fatima,” tulis Fazira bersama beberapa emoji pada ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Anda boleh Follow Page Nur Fatima Aisyah di bawah untuk melihat video telatah baby Fatima bersin yang memang comel

Lalu, video yang setakat ini sudah menerima hampir 500,000 tontonan itu mencuri perharian warganet yang seterusnya memberikan respon masing-masing.

Terdahulu pada Oktober tahun lalu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu telah berkongsi berita gembira dengan memaklumkan cahaya mata sulung mereka sudah dilahirikan sempurna dan sihat.

Sementara itu seminggu selepas kelahiran, pasangan selebriti ini turut mengumumkan nama anak mereka pada akaun Instagram, @fattzuralovelife.

Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017.

Pada 2 Oktober lalu, pasangan pelakon FattZura selamat bergelar ibu dan bapa selepas menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Selepas tiga bulan ‘menyembunyikan’ wajah anaknya, pasangan tersebut mendedahkan kecomelan anak mereka untuk peminat pada malam tahun baharu lalu.

Terbaru, Fazura ada memuat naik satu video ‘boomerang’ sedang mendodoi anaknya yang sedang lena tidur di dakapannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Pengalaman baru

Video yang dimuat naik itu disertakan dengan kapsyen menyatakan dirinya begitu teruja dan mengakui peranan menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang seronok.

“My best role yet,” tulisnya ringkas.
Gambar Fatima telah menarik perhatian peminat dan pengikutnya yang sudah sekian lama menunggu saat-saat tersebut.

suami kacak fattah pun ada komen

Posting selebriti berusia 37 tahun itu menerima komen netizen yang memuji dirinya pasti akan menjadi ibu yang terbaik kepada puteri kesayangan.

 

 

Memetik laporan BH Online, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu mengakui berdepan cabaran apabila kali pertama menjadi ibu.

Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.

“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” ujarnya.
Sumber: Instagram Nur Fazura , BH Online (Farihad Shalla Mahmud)

Be the first to comment

Leave a Reply