ada lelaki ngaku yg Lofa ajak dia kawin,

Dia kenal saya sebab dia ajak sy kahwin”, Individu DM Anas dakwa Neelofa ajak dia kahwin

Anas Zahrin merupakan usahawan kosmetik yang sudah tidak asing lagi di Malaysia. Beliau dikenali kerana bersahabat baik dengan beberapa selebriti dan artis popular di antaranya Ayda Jebat, Rozita Che Wan dan juga Neelofa. Sebelum mengeluarkan produk kosmetik, Anas merupakan seorang jurugambar yang dikenali dengan nama Anas Easkey. Meminati warna dan kreatif dalam perniagaan membuatkan usahawan ini tidak berfikir panjang untuk melebarkan sayap daripada bidang jurugambar ke bidang kosmetik pula.

Pemilik nama sebenar Mohamad Anas Zahrin ini mengeluarkan produk kosmetik dengan jenama beliau sendiri iaitu Anas C0smetic.

Seperti kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalannya beliau tidak gentar untuk bersaing dengan beberapa nama hebat dalam perniagaan produk kosmetik yang khususnya sinonim dengan k4um wanita.

Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau syukur kerana dikurniakan sahabat dari golongan selebriti dan artis yang sering memberikan sokongan terhadap beliau dengan mempromosikan produk kosmetiknya. Anas juga banyak berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial.

Anas juga merupakan salah seorang sahabat baik kepada Neelofa dan pernah mengikuti Neelofa bersama ahli keluarganya keluar bercuti bersama. Anas berpegang kepada prinsip jika buat baik pada orang, perkara itu akan datang balik kepada kita.

 

Baru sahaja mengemaskini posting terkini di Instagram, Anas telah berkongsi bahawa beliau telah menerima direct message (DM) menerusi Instagram mengenai seorang individu yang bertanyakan berkaitan Neelofa.

Berdasarkan mesej yang diterima beliau, individu tersebut mendakwa Neelofa telah mengajak beliau untuk berkahwin disamping berkata Neelofa telah di s1 h1r

bawah ni screenshot dari netizen

Individu terbabit juga mengetahui mengenai hubungan baik Anas dan Neelofa. Beliau meminta Anas untuk memberitahu Neelofa supaya menghubunginya kembali.

Anas juga berkata beliau tidak menyangka menerima mesej sebegitu daripada individu yang tidak dikenalinya dan menasihati individu berkenaan untuk bersabar dan tidak tertekan kerana menunggu Neelofa membalas mesej beliau.

Perkongsian Anas itu bagaimanapun mendapat reaksi yang bercampur daripada para netizen. Mereka berpendapat tujuan Anas memuatnaik posting berkenaan sebagai salah satu strategi pemasaran namun turut terhibur dengan gelagat peminat Neelofa itu.

Bersahabat sekian lama dengan Neelofa, apa yang melanda Neelofa baru-baru ini turut mngalkan kesan kepada Anas. Mudah-mudahan hubungan yang baru dibina antara Neelofa dan Pu Rizz kembali bertaut seperti sebelumnya.

Ujian dan melanda mereka berdua dalam fasa pertunangan ini sangat berat dan semoga hubungan Neelofa dan PU Rizz mendapat pengakhiran yang bahagia.

Sumber: ig anaszahrin

Be the first to comment

Leave a Reply