DG Hisham Trima Kcaman, Netizen Dakwa Ada ‘Double Standard’ Ketika Menegur

Siapa sahaja yang tidak mengenali Dr. Noor Hisham bin Abdullah, beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dan memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik Covid-19 di Malaysia.

Setiap hari, wajah beliau akan terpampang di televisyen untuk hebahan kemas kini jumlah jangkitan Covid-19 dan isu-isu penting yang berkaitan.

Meskipun sumbangan beliau sangat besar kepada Malaysia, harus kita akui beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Kesannya, baru-baru ini Dr. Noor Hisham ada menerima kecaman daripada netizen.

Semuanya bermula apabila beliau memuat naik satu ciapan nasihat kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara lebih buruk akan muncul jika kita semua tidak menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan sebaik-baiknya.

Dalam satu ciapan lain pula, beliau meminta agar rakyat Malaysia patuh kepada arahan yang dihantar secara harian oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, ciapan berbentuk nasihat itu menerima maklum balas negatif daripada netizen yang rata-ratanya menganggap beliau memilih bulu dalam memberi nasihat. Ada juga yang berkongsikan keperitan mereka dalam mengharungi hari-hari dengan keadaan ekonomi yang tenat.

“Nasi sudah menjadi bubur”

“Kita perlukan SOP yang konsisten”

“Rakyat dah ikut SOP”

“Kami dah duduk rumah…”

“Sampai ada kena buang kerja”

Apa pendapat anda tentang isu ini? Meskipun beliau berjasa besar kepada negara, namun masih ada golongan yang kurang senang dengan sikapnya yang didakwa memilih bulu dalam memberi teguran.

Semoga Dr. Noor Hisham terus diberi kekuatan untuk memimpin barisan hadapan dalam menyelamatkan Malaysia daripada Covid-19. Buat anda yang membaca artikel ini, duduk di rumah okay! LM

Be the first to comment

Leave a Reply