Hafiz Mahamad Dedah Disahkan P0 sitif

Pengamal media sosial terkenal yang juga usahawan, Hafiz Mahamad berkongsi khabar duka apabila dirinya telah disahkan positif C0  V1D  pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan kedua (PKP 2.0) dilaksanakan semalam (13 Januari 2021).

Terima Keputusan Pada Jam 1 Pagi
Menurut Hafiz di laman Instagram nya, dia berasa terkilan kerana telah merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah sewaktu PKP namun dikejutkan dengan keputusan ujian saringan  yang mengesahkan dirinya positif wabak berkenaan pada jam 1 pagi.

“Harini hari pertama PKP & hari pertama saya sebagai #Positive

PKP ini ingat nak spend time dengan family dekat rumah sebab sebelum ini jarang ada waktu free sepenuhnya

Nah, bangun je pagi bila terima result & terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya Quarantine” dedah Hafiz

Kuarantin Kendiri Di Rumah

Ujar pemilik jenama kosmetik AAINA ini, dia sentiasa membuat ujian saringan ketika pulang dari luar negeri mahupun memberikan bantuan dan kesemua hasil ujian tersebut adalah negatif. Namun kali ini, nasib tidak menyebelahinya setelah disahkan positif dan tetap bersukur kerana anak dan isterinya tidak dijangkiti wabak tersebut.

Difahamkan, memandangkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa kapasiti kebanyakan hospital utama untuk menampung pesakit telah hampir penuh , Hafiz menyahut saranan untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulilah result masih negative”

Last week saya & keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini 1st day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yg positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik & bertenang

Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri & insyaAllah sama sama kita repair perkara ni

Siapa yg masih sihat & negative. Jaga diri baik baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dkt rumah

Doakan saya & keluarga baik baik tau ” kongsinya lagi
Murai

Be the first to comment

Leave a Reply