Reen Rahim Ded4h Ditawar

Oleh Farizan Zainal
10 Jan 2021, 07:01PM
Sudah hampir lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, pelakon Reen Rahim berkata dia semakin kebal dan sudah lali dengan kecaman netizen kerana berpakaian seksi dan mencolok mata.

Meskipun tidak terpalit dengan kontroversi bercinta dengan suami orang apatah merampas kebahagiaan orang lain, namun Reen mendedahkan dia ditawar hidup mewah untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan.

Reen berkata ditawar sebanyak RM32,000 serta sebuah banglo di atas namanya sendiri jika bersetuju untuk memuaskan nafsu golongan VIP. Lebih menjijikkan tawaran tersebut diterima ketika bulan puasa tahun lalu.

 

“Ingatkan perkara ini tamat sampai situ, tapi masih berlarutan. Baru-baru ini, saya menerima satu tawaran untuk melayani golongan VIP yang ingin menawarkan wang tunai berjumlah RM32,000 dengan hanya melayan nafsu ser4 kahnya selama tiga jam.

 

“Gila bukan? Bukan wang ringgit sahaja, saya turut ditawarkan sebuah rumah banglo di atas nama sendiri jika menerima tawaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Reen berkata imannya masih kuat dan Tuhan masih menjaga hatinya. Ujarnya, dia belum terdesak dan masih waras lagi dalam membezakan baik buruk.

 

Bagaimanapun, Reen akui mungkin ada yang berani membuat tawaran sedemikian kerana sikapnya yang sering berpakaian se ksi yang tidak seiring dengan watak lakonan dibawa.

 

“Saya adalah saya. Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam apa jua yang berlaku. Saya hidup pun bukan kerana nak puaskan hati orang lain,” katanya.

https://www.rotikaya.com/reen-rahim-dedah-ditawar-rm32000-puaskan-nafsu-vip/

Biodata
Nama penuh: Noreen Ashikin binti Abdul Rahim

Nama popular: Reen Rahim

Tarikh lahir: 3 November 1988

Umur: 30 tahun

Kelahiran: Klang, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan pendandan rambut

Media sosial: Instagram @reenrahim

Fakta Menarik
1. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

2. Berkelulusan diploma dalam bidang Dandanan Rambut.

3. Sebelum menjadi pelakon, beliau merupakan seorang pendandan rambut.

4. Dinobatkan sebagai juara program Pilih Kasih musim ketiga pada tahun 2012 iaitu sebuah pertandingan lakonan drama pentas teater anjuran pelakon senior, Rosyam Nor untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

5. Lakonan pertamanya menerusi drama Aku Tak Percaya Cinta memegang peranan sebagai Elia.

6. Antara drama dibintanginya seperti Aku Tak Percaya Cinta, Evolusi KL Drift: The Series, Sahara, Jodoh, Kampung Girl, Cinta Jannah, Lara Ameena, Terlanjur Mencintaimu, Sayangku Kapten Mukhriz, Abang Sado Boleh Beres, Tauke Jamu, Mencari Qiblat, Raisha 2 dan Pujaan Hati Kanda.

 

7. Menerusi layar perak, Reen membintangi filem Gangster Celop, Mirip, Mawar Putih, Soulmate Hingga Jannah, Balun dan Rempit Sampai Langit.

8. Tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi filem Talak di Anugerah Skrin 2015.

9. Bakal menceburi cabang seni baharu sebagai penyanyi.

10. Berhubungan cinta dengan pelakon Mustaqim Bahadon sekitar tahun 2016 iaitu sewaktu sama-sama menjayakan drama bersiri HidayahMu Ramadan.

11. Menerusi laporan media pada pertengahan tahun 2018, beliau dikatakan sedang intim dengan seorang jejaka yang menetap di Scotland yang mana mereka telah berkenalan selama setahun.

Be the first to comment

Leave a Reply