gambar che ta

Che Ta Jadi Duta Produk Kecantikan Lagi, Di Usia Menginjak 50 tahun

 

Che Ta yang kelihatan jelita walaupun usia menghampiri 50 tahun. (Gambar Instagram)

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tidak menyangka di usia mencapai 50 tahun, dia masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk kosmetik di sebuah syarikat kecantikan.

“Lapan tahun dulu, itu yang terakhir saya jadi duta produk. Saya tak sangka namun bersyukur atas kepercayaan yang diberikan, alhamdulillah,” ujarnya.

Menurut Che Ta, sebelum menerima sebarang tawaran produk kecantikan, dia akan mencuba dahulu keberkesanan produk berkenaan.

“Selalunya saya akan cuba dahulu. Tak mahulah jadi duta tapi tak pakai pun produk itu,” katanya lagi.

Che Ta turut menjelaskan, ramai yang bertanya tentang perasaannya memasuki usia menginjak ke angka 50 tahun.

 

“Memang ada yang bertanya, tak takut ke nak masuk umur 50 tahun?

“Saya jawab tak takut sebab memang semua orang akan melalui usia itu dan akan tua,” ujarnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

baju yg bawah ni nmpak cantik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Be the first to comment

Leave a Reply