sharifah shahira

Beri Sumbangan Berupa Baju Dalam Untuk Mangsa Banjir, Sharifah Shahira Tak Kisah Diketawakan

Turut tidak melepaskan peluang dalam memberikan sumbangan kepada mangsa banjir khususnya di negeri Pantai Timur, pelakon dan juruhebah radio, Sharifah Shahira telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sedikit bantuan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.

 

Sharifah ShahiraSumber : Instagram Sharifah Shahira
Sharifah Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera dilihat telah mengumpul baju-baju terpakai selain memberi bantuan barang makanan dan minuman. Dia dalam pada itu turut memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam yang baharu untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

 

Berpendapat bahawa pakaian dalam merupakan barang mustahak kerana memikirkan sudah pasti pakaian dihanyut banjir, Shiera berkata dia tidak kisah diketawakan kerana memilih untuk memberi bantuan seumpama itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni..ke banyak size XL ke atas, L faham sangat!

Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana? Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Shiera sebelum itu telah berkongsi sebuah rakaman video menunjukkan dia sedang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Pahang.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan berganding bahu dalam mengumpulkan sumbangan untuk bantuan mereka yang terjejas ketika ini.

SUMBER : Instagram Sharifah Shahira

Be the first to comment

Leave a Reply