gambar terkini baby Nur Fatima Aisya buat ramai geram

Pada 2 Oktober lalu, pasangan pelakon FattZura selamat bergelar ibu dan bapa selepas menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Selepas tiga bulan ‘menyembunyikan’ wajah anaknya, pasangan tersebut mendedahkan kecomelan anak mereka untuk peminat pada malam tahun baharu lalu.

Terbaru, Fazura ada memuat naik satu video ‘boomerang’ sedang mendodoi anaknya yang sedang lena tidur di dakapannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Pengalaman baru

Video yang dimuat naik itu disertakan dengan kapsyen menyatakan dirinya begitu teruja dan mengakui peranan menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang seronok.

“My best role yet,” tulisnya ringkas.
Gambar Fatima telah menarik perhatian peminat dan pengikutnya yang sudah sekian lama menunggu saat-saat tersebut.

suami kacak fattah pun ada komen

Posting selebriti berusia 37 tahun itu menerima komen netizen yang memuji dirinya pasti akan menjadi ibu yang terbaik kepada puteri kesayangan.

 

 

Memetik laporan BH Online, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu mengakui berdepan cabaran apabila kali pertama menjadi ibu.

Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.

“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” ujarnya.
Sumber: Instagram Nur Fazura , BH Online (Farihad Shalla Mahmud)

 

 

‘Like’ gambar anak Fattzura di Instagram, Neelofa dah ‘move on’?

 

Pada 2 Oktober lalu, pelakon cantik Fazura telah selamat melahirkan zuriat pertama hasil perkahwinan dengan aktor terkenal, Fatah Amin.

Bayi perempuan yang diberi nama Fatima Aisya itu masih belum didedahkan wajahnya walaupun ramai memuji si kecil itu sama segak seperti kedua ibu bapanya.

Sejak semalam, foto Fatima yang dikongsikan oleh Fazura di Instagram mendapat perhatian ramai sehingga beberapa page berkongsi kembali foto tersebut.Ini termasuk Instagram program Meletop yang juga turut berkongsi foto berkenaan sehingga mendapat puluhan ribu tanda suka serta ratusan komen yang memuji kecomelan Fatima.

Neelofa ‘likes’ gambar siapa?
Lebih menjadi perhatian apabila pengacara dan usahawan popular, Neelofa kelihatan turut sama meninggalkan tanda suka pada foto si kecil berkenaan.

Lofa pun suka anak Fazura
Hal ini membuatkan segelintir netizen berasa teruja dengan meninggalkan komen apabila menyedari tindakan pengacara yang sudah berniqab itu pada posting berkenaan.

Jarang2 terjadi ni!

Terbaiklah Lofa, tambah minat dekat dia…

Malah ada juga warganet sempat ‘menangkap’ tindakan Neelofa yang ada memberikan tanda suka pada foto Fazura apabila dikongsikan semula di Instagram Meletop.

Terdahulu, umum sedia maklum bahawa Neelofa pernah dikaitkan dengan Fattah apabila bergandingan dalam drama ‘Suri Hati Mr Pilot’.

Neelofa juga pernah dikecam netizen kerana didakwa memerli Fazura pada 2018 menerusi Instastory yang tular di Twitter.

Walau bagaimanapun, semua spekulasi tersebut sudah berlalu malah masing-masing telah membawa haluan sendiri termasuk peminat mereka. via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply