natasha hudson

Nak cakap apa, lantaklah…- Natasha Hudson

Suatu ketika dahulu, Natasha Hudson pernah berpurdah, namun kini, pakaiannya semakin berani dan mencolok mata.

Natasha Hudson dikecam netizen akibat menggayakan busana mendedahkan bahu dan betis, dianggap tidak sesuai dengan imej wanita bertudung. Natasha Hudson dikecam netizen akibat menggayakan busana mendedahkan bahu dan betis, dianggap tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.

Pelakon filem Chermin itu dikecam netizen apabila menggayakan busana yang menampakkan bahagian bahu dan betis, semalam. Malah, ramai yang beranggapan busana yang digayakan dalam satu majlis pelancaran produk itu tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

“Busana ini disediakan pengasas produk. Ia berlapik dengan kain berwarna kulit. Saya hanya mengikut tema majlis.

“Saya tak memakai gaun seumpama ini sepanjang masa. Saya hanya memakainya sahaja, tak rasa pula ia keterlaluan. Saya tiada masalah untuk menggayakan gaun ini.

“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa… lantaklah,” katanya kepada BH Online.

Natasha Hudson sepatutnya membintangi filem terbitan syarikat produksi Indonesia, tetapi tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia mempunyai pilihan busana lain.

“Ada baju lain yang labuh kainnya, tetapi sukar pula untuk bergerak. Gaun ini lebih memudahkan dan santai.

Cuma, biasalah mata netizen yang akan melihat sudut nampak bahu sebagai hal besar. Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara ini lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Natasha berkata, dia sepatutnya membintangi filem Indonesia, tahun lalu.

“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula. Penggambaran filem sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah, tetapi tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.

“Harapnya 2021 akan memberi tuah untuk kembali mengukir kecemerlangan dalam kerjaya seni,” katanya.

Tular gambar dan video pelakon dan usahawan Natasha Hudson mengenakan dress berwarna putih ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White.

Mana tidaknya, Natasha yang dahulunya pernah mengenakan niqab, tiba-tiba sahaja muncul berpenampilan seksi.

Aksi berani Natasha memperlihatkan sebahagian bahunya pada dress ini mengundang reaksi negatif dari netizen. Biasalah, netizen kan sangat sensitif dengan isu-isu berkaitan aurat wanita muslimah.

Walaubagaimanapun, Natasha menjelaskan bahawa bahagian yang menampakkan bahu itu di alas dengan kain berwarna coklat cair (skin color). Walaupun masih menutup aurat, namun warna tersebut boleh memberi pandang negatif.

Sementara itu, rata-rata netizen tertanya-tanya, siapakah pereka fesyen yang menghasilkan dress seksi itu. Menurut tinjauan Murai MY di Instagram, dress tersebut direka oleh Rizman Ruzaini.

Dalam sebuah kenyataannya di Kosmo, Rizman mengakui dress itu rekaan Rizman Ruzaini yang dilelong. Rizman terkejut dan tidak tahu Natasha akan memakainya.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.”

Rizman berkata, dia kecewa kerana wanita yang memakainya adalah seorang yang berhijab. Tambahnya lagi, dress itu memang direka sedemikian namun sesuai dikenakan kepada wanita yang tidak berhijab.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.”- tegasnya

Rizman merasa kesal, kerana hal sebegini boleh menyebabkan imej dan jenama Rizalman Ruzaini akan terjejas dan berharap penatarias lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

 

 

 

sumber 

gambar ke dua bawah ni,tangan siapa berpegangan tu?

Baru-baru ini, pelakon Natasha Hudson memberi bayangan yang dia bakal menamatkan zaman solonya, biarpun telah berdepan kega-galan dalam rumah tangga sebanyak empat kali sebelum ini.

Menerusi Instagram miliknya, Natasha berkata, terdapat perkara baik yang bakal berlaku pada 14 Oktober dan turut memuat naik separuh foto pasangan lelaki dan perempuan yang menampakkan sebentuk cincin.

“Apa yang akan datang lebih baik daripada yang ada di sini sekarang. Hargai apa yang anda miliki, jadi seorang yang jujur, setia, penyayang dan ia akan kekal.

“Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak di dalam diri anda,” tulisnya.

 

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila
rupanya pelakon Keith Foo menjadi pilihan Natasha!

Tetapi jangan salah faham, Natasha dan Keith Foo sebenarnya terpilih menjadi duta bagi produk kesihatan dan kecantikan Crystal C White.

Perkara tersebut dikongsikan oleh aktor tersebut di laman Instagramnya.

Rakan-rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah kepada Keith dan Natasha atas pemilihan mereka sebagai duta produk tersebut malah ada juga yang menyangkakan yang mereka benar-benar berkahwin!

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga.

Menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah berce_rai dengan Noor Nashriq Sekarnor tahun lalu.

Sementara Keith Foo pula berpisah dengan model yang dikenali sebagai Kim Raymond pada Disember tahun lalu setelah dua tahun tidak tinggal bersama

https://www. dahtauker. com/2020/10/14/tahniah-natasha-hudson-dan-keith-foo/.

Be the first to comment

Leave a Reply