sajat minta maaf ?

Selepas lebih seminggu kontroversi pemergiannya ke Tanah Suci menjadi perdebatan, usahawan kosmetik, Muhammad Sajat Kamarul Zaman atau Sajat memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.Muncul dengan imej bertudung hitam sambil menangis, Sajat turut mengemukakan permohonan maaf bagi pihak ayah dan ibunya yang turut terheret dalam kontroversi itu.
“Saya minta maaf. Bagi pihak mak ayah saya, bagi pihak anak saya. Bagi pihak rakan-rakan saya, saya minta maaf sangat-sangat.

“Apapun saya minta maaf kepada semua jabatan agama, mufti, ustaz, PU, alim ulama, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak ada tujuan apa-apa,” kata Sajat yang ketika membuat pengakuan itu sedang menjamah hidangan.Permohonan maaf Sajat itu disiarkan secara langsung di Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris pada Sabtu.Sajat turut ditemani sahabatnya yang juga jutawan produk kesihatan kosmetik, Datuk Seri Alif Syukri yang menenangkannya.

Dalam permohonan maaf itu juga, Sajat mempertahankan dirinya dengan berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat lain selain daripada mahu mendekatkan diri dengan Allah ketika berada di Mekah dan Madinah.Katanya, kesempatan berada di Mekah dan Madinah juga diambilnya untuk mendalami ilmu agama dan melakukan ibadah yang dianjurkan Islam.Sajat turut mengakui, selama ini, dia tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama.

“(Semasa di Tanah Suci) saya cukup sembahyang daripada tak tau solat jenazah, sejak Subuh saya buat amal ibadah saja.”Saya orang yang tak lepas daripada dosa, tak lepas daripada salah… di sana ada keinsafan,” luah Sajat lagi.Bila saya pergi sana saya cuba nak dapatkan… saya memang nak belajar. Saya nak dekatkan diri dengan Islam.“Saya bukan nak cari harta duniawi, nak akhirat. Kalau saya dekatkan diri dengan Allah, kadang-kala saya fikir diri saya begini, apa yang mereka nak menghukum saya sampai macam ni

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply