kriitikal akibat C0v1d-l9, guna al4t bantuan p3r nafasan – “Kesihatannya semakin merosot

Adik Isa Khan kriitikal akibat C0vld-l9, guna alat bantuan pernafasan – “Kesihatannya semakin merosot kerana str3s berdepan proses cer4i”

PELAKON yang mencipta nama di Indonesia, Aliff Alli disahkan positif co vl d l9 dan dilaporkan berada dalam keadaan kritlikal di Rumah Saklit Wisma Atlet, Jakarta.

Menurut peguamnya, Asgar Sjarfi, adik kepada pelakon Isa Khan dan Miller Khan ini masih belum menunjukkan tanda-tanda semakin pulih biarpun sudah tiga minggu mendapatkan raw4tan.

Malah, tambahnya, aktor itu kini perlu menggunakan alat bantuan pernafasan

.Selalunya selepas 14 hari dah boleh keluar, tapi keadaan semakin bertambah teruk malah makin kritlkal dan tidak menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

“Keadaannya bertambah buruk sejak memasuki minggu ketiga pengasingan di Wisma Atlet. Ia disebabkan Aliff menghadapi tekanan dan str3s kerana berdepan dengan proses kes cer4i bersama bekas isterinya Aska Ongi yang masih berjalan,” ujarnya seperti dipetik CNNINDONESIA.

Sebelum itu, pada Selasa, Aliff tidak dapat hadir di perbicaraan kes gug4tan itsbat nikah dan cer4inya dengan Aska Ongi yang berlangsung di Pengadilan Agama Jakarta Pusat Selasa (6/1) kerana dijangklti Covld-l9.Aliff bercer4i pada 11 November 2019 dengan Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Sumber : mSTAR

Adik Isa Khan bercerai selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia dengan instafamous Indonesia

TIDAK sampai setahun mendirikan rumah tangga, pelakon yang mencipta nama di Indonesia iaitu Aliff Alli dilaporkan bercerai dengan isterinya Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Pendedahan itu dibuat selepas peminat bertanyakan mengenai status perkahwinan mereka di ruang komen salah satu foto yang dikongsikan Aska Ongi di Instagramnya.

Menurut Aska Ongi, dia sudah tidak tinggal bersama adik kepada pelakon Miller Khan dan Isa Khan selepas perkahwinan yang dibina secara rahsia itu telah berakhir pada 11 November tahun lalu.

Aska Ongi dedah dia dan Aliff sudah bercerai pada 11 November tahun lalu.

“Sudah bercerai pada 11 November tahun lalu dan saya juga sudah berpindah,” tulisnya.

Pada Jun tahun lalu, sebuah portal melaporkan pasangan itu berhadapan dengan masalah rumah tangga selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019.

Dalam pada itu, Aska Ongi turut mengakui dia tidak berasa kesal dan menganggap perpisahan itu merupakan keputusan yang terbaik buatnya.

Katanya, biarpun perkahwinan mereka hanya sekejap namun kehidupan perlu diteruskan kerana keutamaan kini adalah anaknya.

Sehingga kini, Aliff mengambil langkah berdiam diri mengenai perceraiannya.

Manakala menerusi laporan Kapanlagi, sehingga kini Aliff masih mengunci mulut mengenai perceraian mereka.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.

Sebelum ini, Aliff pernah berkahwin dengan model bernama Nora Alexandra pada 2016 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama setahun.

Be the first to comment

Leave a Reply