Rafidah sepupu DS Siti Lamar Sendiri Bakal Suami

Hasrat pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Fida dihubungi berkata dia dan bakal pasangannya, yang juga seorang ahli perniagaan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.

Ditanya mengenai gerangan lelaki itu, Fida berkata mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Ujarnya, calon suami seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.

Foto: IG

“Ditambah, Allahyarham ibu saya pun sangat sukakan dia dan menyayanginya. Malah arwah ibu sudah memberi restu kepada kami sebelum meninggal dunia pada Mei 2017. Bagaimanapun, Insya-Allah rezeki jodoh kami mungkin tahun ini,” katanya kepada Harian Metro.

Enggan mengulas lanjut mrengenai lelaki itu yang disebut-sebut ‘bekas pengurusnya’, Fida berkata dia akan berkongsi raut wajah bakal suami apabila tiba masanya.

 

“Saya tak boleh nak kongsi lebih-lebih mengenai perkara ini, kerana semuanya dalam perancangan lagi. Saya mohon, doakan yang baik-baik supaya urusan jodoh kami berjalan lancar,” katanya.

Ditanya mengenai bilakah dia dilamar, Fida berkata sebenarnya dia yang memberanikan diri melayangkan pertanyaan lamaran kepada lelaki itu.

“Saya beranikan diri bertanya kepadanya bukan disebabkan terdesak nak kahwin kerana sudah makin berusia, tapi saya ikhlas sukakan dia dan mana tahu kami mempunyai perasaan yang sama.

“Alhamdulillah, saya tidak bertepuk sebelah tangan. Malah, dia juga yang masih bujang menerima saya dengan ikhlas hati. Kini, saya berharap urusan pernikahan yang kami rancang menjadi kenyataan,” katanya.

 

Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Malah, dia juga pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.-CARI

 

Sumber: Harian Metro

berita terdahulu

Mamat (Sepah) Mengaku Salah ‘Dedah’ Rambut Fida

(dah jadi ex-gf)
Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

 

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

“Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.

Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

“Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

“Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya,” jelasnya.

Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

“Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida mengenai perkara berkenaan, Mamat memberitahu Fida tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.

“Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu,” katanya.

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2011/09/21/mamat-sepah-mengaku-salah-dedah-rambut-fida

Be the first to comment

Leave a Reply