vid lps bc3rai-pertamakali? jumpa ayah-lufya snggup buat apa saja demi anak

Daddy Cium Sampai Penuh Air Liuq” – Bawa Jumpa Dengan Bekas Suami, Lufya Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Anak

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar mendedahkan anak perempuannya, Lana Haura berasa amat gembira saat dipertemukan dengan bapanya, Dr. Che Hafiz.

Jelas Lufya, sebagai ibu dia sanggup melakukan apa sahaja dan dia juga turut menyifatkan anaknya itu berhak mendapat kebahagiaan tersebut.

“Daddy cium sampai penuh air liuq kat muka ya Haura. Alhamdulillah she’s happy U deserve it baby. Ill do anything for u,” tulisnya.

Video berdurasi hampir 40 saat tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Bersama entri berkenaan, Lufya turut menyertakan tanda pagar ‘#komenyangmurnisahaja’, ‘#daddysgirl’, ‘#hecomebackforhisdaughter’ dan ‘#blessed’.

Video yang meraih hampir 100,000 jumlah tontonan ini turut dihujani ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja saat melihat momen tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Lufya sekeluarga.

Terdahulu, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini akhirnya bercerai pada 17 Jun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Sumber: Instagram Lufya Omar via MH

berita terdahulu

Lufya Omar Nafi Buka A 1b Suami, Sengaja Tagih Simpati

 

Kemelut rumah tangga Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz seakan tiada jalan penyelesaian. Kedua-duanya tidak henti berbalas kenyataan di media sosial demi mempertahankan diri masing-masing.

dr che hafiz sindir lufya

Terbaru, Lufya ketika membalas komen netizen menafikan dia menggunakan media sosial untuk membuka a1b suami dan sengaja ingin menagih simpati. Jelas Lufya, kenyataannya sebelum ini hanya sekadar luahan perasaan, merasa kesal mengapa suaminya tidak hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes cerai mereka.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia sudah penat melayan segala ‘drama’ suaminya itu dan meminta Dr Che Hafiz untuk tidak terus cuba meraih publisiti dan melengahkan lagi kemelut rumah tangga mereka.

 

lufya omar buka aib suami

Tutup la aib sendiri. Cepat selesaikan masalah bukan lari! Siapa yang drama? Saya dah penat la layan drama. Siapa yang nak perhatian ini sebenarnya? Nak terkenal semata-mata ke?

Berhenti jadi budak-budak jadi la lelaki. Saya penat, saya ada anak yang memerlukan saya lebih daripada nak layan drama dia.

lufya c 3rai

Terdahulu, Lufya berkata dia sudah lama memendam perasaan serta bersabar dan enggan lagi meneruskan perkahwinan yang disifatkan penuh negatif dan toksik. Jiwanya didera apabila berlakunya penganiayaan, selain mendakwa sudah empat bulan digantung tidak bertali.

Sumber Berita : mStar Online

Be the first to comment

Leave a Reply