ayda dah nikah

Dipuji kemas, jurumekap ‘bongkar’ rahsia tudung nikah Ayda Jebat cantik terletak

Pernikahan yang berlangsung petang semalam semestinya menjadi momen manis buat pembukaan tahun 2021 kepada pasangan Nabil Mahir dan Ayda Jebat.

 

Memilih tarikh 1 Januari 2021 sebagai hari diijabkabul sebagai suami isteri, Nabil dan Ayda terlihat sepadan ketika majlis menyarungkan cincin seusai majlis pernikahan ringkas di Masjid Negara.

Tudung kemas Ayda dipuji

Namun begitu, penampilan pelakon wanita terkenal itu yang anggun mengenakan sepersalinan busana bewarna putih diserikan lagi dengan lilitan tudung yang terletak kemas dan cantik seperti empunya badan.Ramai yang memuji penampilan Ayda serta kedudukan tudung jenis satin yang digayakannya kerana langsung tidak rosak sepanjang majlis.

Tak ada spray tudung, guna spray rambut
Jadi, menerusi perkongsian daripada seorang jurumekap terkenal, Datuk Alha Alfa di Instagramnya, beliau telah membuka satu rahsia berkenaan tudung yang digayakan oleh penyanyi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Menurutnya, umum sedia maklum jenis tudung dari kain satin memang agak sukar dibentuk, jadi beliau menggunakan spray rambut yang biasa dipakai olehnya untuk membentuk tudung terbabit.

Hasil daripada experiment tersebut, tudung Ayda Jebat berjaya dibentuk kemas dan mendapat pujian ramai kerana mengakui kain jenis satin silk ini amat susah dibentuk kerana bersifat licin.

Last minute punya hal Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet terutamanya kaum wanita telah meninggalkan komen diruangan Instagram jurumekap terbabit.

Masing-masing berasa teruja bila mengetahui ada cara lain selain menggunakan spray tudung seperti kelazimannya jika berada dalam situasi terdesak.

Sumber: Alha Alfa via omm

Kuala Lumpur: Hasrat pengacara Nabil Mahir untuk menimang 13 cahaya mata selepas bernikah dengan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendapat pelbagai kec4man daripada netizen.

Bagaimanapun, Nabil ketika ditemui berkata, angka itu bukanlah satu sasaran sebaliknya hanya kerana dia menyukai angka 13.

Angka 13 adalah nombor kegemaran saya. Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang sasaran nak ada 13 anak. Apa yang lebih penting adalah doa orang ramai supaya kami dikurniakan zuriat yang sempurna dan sihat.

“Saya tak kisah pun berapa bilangan anak nanti dan hanya berserah kepada takdir. Saya tidak mempunyai kuasa pun untuk menentukan segalanya,” katanya.

Sementara itu, Ayda berkata, dia sudah lali dengan kec4man warganet dan tidak mengambil hati.

“Terpulang kepada masyarakat untuk cakap apa pun. Saya tak kisah sebab hanya kami saja yang kenal diri kami. Cuma kita doakan semoga apa yang bakal berlaku dalam hidup kita adalah perkara yang baik-baik saja,” katanya.

Semalam, pasangan itu selamat diijab kabulkan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.28 petang.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Be the first to comment

Leave a Reply