pertama kalinya Faz upload pic ba by fatima yg comel lote

KUALA LUMPUR: Selepas dua bulan menyambut kelahiran bayi sulung, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura buat kali pertama berkongsi wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya kepada peminat.

Foto keluarga itu dikongsi pasangan berkenaan dalam akaun Instagram (IG) rasmi mereka, tepat pada jam 12 tengah malam tadi.

Foto keluarga dikongsi Fattah dan Fazura dalam akaun Instagram masing-masing tepat pada jam 12
Pada foto itu, Fatima yang didukung Fazura, tampak comel dalam persalinan gaun berenda dan bertopi.Melalui entri itu, Fattah dan Fazura mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2021 kepada peminat dan pengikut mereka.

“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.

Pada 2 Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.

 

Ketika itu, Fattah dan Fazura tidak mendedahkan wajah penuh bayinya comel dan berkulit cerah itu.

Sebaliknya, mereka memohon diberi sedikit masa untuk mendedahkan wajah anak hingga tiba waktu sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

seri ibu mengandung dulu tu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

berita terdahulu

Sudah dua bulan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura menimang cahaya mata pertama, namun masih lagi mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah puteri sulung mereka.

Tak dinafikan ramai peminat mereka menantikan untuk melihat bagaimana wajah anak pasangan sama cantik, sama kacak itu.

Bagaimanapun, dalam satu ruangan komen Facebook satu portal hiburan, salah seorang warganet telah melemparkan kata-kata kurang sedap didengar terhadap anak pasangan itu.

Menurutnya, anak pasangan pelakon terkenal itu mengalami penyakit sumbing. Komen tersebut dikecam hebat kerana ramai merasakan ianya tidak patut ditulis.

Apa yang kami boleh nasihatkan setiap kali kita nak menulis atau bercakap lebih baik berhati-hati supaya tidak mengguriskan hati mana-mana pihak dan untuk elakkan dari berbalik pada diri kita.

Mungkin Fattah dan Fazura ada sebab mereka tersendiri untuk menyembunyikan wajah anak. Hormatilah keputusan mereka okay?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife)

Menangis Sebab Mayonis? Fazura Rasa Bersalah Dengan Fattah Amin

Ketika ini, usia kandungan pelakon jelita Nur Fazura sudah menginjak 8 bulan. Jika dilihat pada kehamilan tersebut, kebanyakan wanita hanya akan duduk di rumah dan berkemungkinan tidak mampu melakukan pelbagai aktiviti.

Sensitif Di Awal Kehamilan
Namun, tidak bagi Fazura kerana dia begitu aktif dan dia turut bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan ini. Berkongsi pengalamannya, menurut Fazura biarpun dia tidak mengalami alahan namun dia akui terlebih sensitif mengenai beberapa perkara termasuklah mengenai makanan.

Dedah Fazura, dia sememangnya seorang penggemar aneka sajian kampung namun sepanjang kehamilan ini dia seperti tidak berselera untuk menjamahnya apatah lagi ketika melihat terlalu banyak lauk disajikan.

“Saya memang penggemar lauk kampung. Tetapi sejak mengandung memang tekak saya kurang berselera sikit nak makan. Macam nasi goreng boleh tapi macam lauk-lauk yang banyak itu saya tak berselera dan tak rasa nak makan”

Menangis Kerana Mayonis
Bukan itu sahaja, dia turut kasihan dan kagum dengan kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang melayan apa sahaja kerenah termasuklah mengenai sebuah insiden yang membuatkan dia rasa bersalah terhadapnya.

Kongsi pelakon Dendam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Tidak merungut mahupun sebaliknya, Fattah sanggup keluar semula dan mendapatkan sandwich yang baru tanpa sebarang ramuan itu.

“Dia sangat sabar, saya tak tahu dia manusia ke apa. Saya masa awal kehamilan memang agak cerewet bab makan. Ada suatu ketika itu, dia bawa balik sandwich. Saya memang tidak suka mayonis ataupun sos jadi saya pun menangis sambil tanya ‘kenapa ada letak sos dan mayonis’.

Jadi dia pun tenangkan saya, keluar balik beli yang baru. Tapi selepas itu saya minta ampun balik sebab rasa bersalah dan kasihan”- kata Fazura ketika ditemui Murai.my di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh pada petang Selasa.

 

Be the first to comment

Leave a Reply