Tahniah-EX-GF PU Riz sudah di risik?

Kongsi foto pakai busana putih, bekas kekasih PU Riz dapat ucapan tahniah

Sebelum ini, nama Amal Syahmina pernah menjadi buah mulut warganet apabila pendakwah muda Pencetus Ummah (PU) Riz merisik selebriti popular, Neelofa bulan lalu.

Kisah sedih mengenai perhubungan pernah dikongsi di akaun Instagram miliknya sebelum ini, tetapi dia sudah mengambil keputusan untuk ‘move on’ dan melupakan semua kenangan bersama pendakwah tersebut.

Berikutan kontroversi itu, pengikut Amal di Instagram semakin bertambah dan baru-baru ini dia menjadi perhatian sekali lagi kerana berkongsi beberapa keping foto mengenakan persalinan serba putih.

Takdir

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat dia memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Memiliki wajah yang begitu cantik merupakan antara satu kurniaan Allah SWT yang amat berharga.

Bagaimanapun, foto tersebut dipercayai adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun dia masih menerima ucapan tahniah daripada warganet yang tersilap dia telah dirisik oleh seseorang.

Malah, rata-rata netizen terus menitipkan kata-kata positif selain mendoakan agar Amal akan menemui jodoh terbaik dalam kehidupannya.

Muslimah yang memberi inspirasi

Harap PU Riz tak kembali

Cantik dan periang

Moga jumpa jodoh yang baik

Terdahulu, akaun Instagram miliknya mencecah ratusan ribu pengikut namun telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab sebelum mencipta akaun baru ini.

Sumber: Instagram Amal Syahmina via OMM

berita terdahulu

Bekas Kekasih PU Riz Dedah Hubungan 5 Tahun Berakhir Kerana Orang Ketiga

Bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Rizz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik satu kenyataan selepas menerima pelbagai kecaman susulan tindakannya mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Menurut Amal, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu merupakan satu kesilapannya sendiri dan dia tidak sewajarnya menjatuhkan hukum terhadap seseorang yang cubah perbaiki diri menjadi lebih baik.

“Ya, saya mengaku salah kerana ‘bitter’. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Saya sepatutnya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Amal berkata dia mempunyai alasan tersendiri bertindak sedemikian dan mendedahkan bahawa hubungannya dengan bekas kekasih mula retak selepas kehadiran orang ketiga.

“Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya.

Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan, maka, saya hormat keputusan anda dan cuba menerimanya,” katanya.

Katanya lagi, tiada seorang pun yang pernah tahu dan merasai akan kesakitan yang pernah dilaluinya selama ini kerana mereka yang mengecam tidak melalui lima tahun perhubungan dengan pendakwah berkenaan.

“Sebahagian daripada anda cuba mengeluarkan kata-kata yang kurang senang didengar dengan memberitahu yang saya bukan yang terbaik. Anda bukanlah insan yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun.

“Anda bukanlah insan yang begitu rapat dengan keluarga saya, dan paling penting, bukan ada yang pernah berjanji dengan keluarga saya dan diri saya yang anda akan mengahwini saya.

“Saya berharap semua orang baik-baik sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru untuk kebaikan saya sendiri. Saya tidak pernah menyesal mengenalinya,” tulisnya.

siapakah wanita ini?

Kejelitaan & Kebijaksanaan Bekas Kekasih PU Riz Curi Tumpuan!

Setelah di perhatikan laman media sosial Amal Syahmina, rupanya netizen baru tahu bahawa Amal Syahmina ini merupakan graduan undang-undang dan kini bekerja sebagai seorang peguam.

done stalk ig. Allahu, manis, family hebat2, tudung labuh pakaian sopan, education background bagus, pandai bake. Lengkap.

Seorang netizen di Twitter telah mengaku bahawa dia telah mengikuti akaun Instagram bekas kekasih PU Riz ini dan Amal juga sebenarnya adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman kerana mempunyai latar pendidikan yang bagus, menutup aurat dan sebagainya.s-kekasih-pu-riz-curi-tumpuan

Be the first to comment

Leave a Reply