putri aishah

Bukan mudah bergelar selebriti, segala tindak tanduk diperhatikan lebih-lebih lagi mereka juga merupakan idola yang sepatunya menunjukkan contoh baik, malah cara pemakaian juga pasti akan menjadi kritikan jika ianya serba tidak kena di mata netizen.

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Aishah menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik foto baru selesai menjalani rawatan membuang bulu. Menerusi entri itu, Puteri turut mengatakan selepas menjalani rawatan berkenaan barulah lebih yakin untuk memasuki tahun 2021.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian baju seolah warna kulit yang dipakai oleh Puteri yang menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen. Malah, ada netizen yang sedih melihat penampilan Puteri yang disifatkan berpakaian tapi t 3 lanjang.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan nama Puteri Aishah sememangnya cukup indah kerana ianya seperti nama isteri Nabi Muhammad tetapi cara berpakaian tidak sopan.

 

 

Meskipun ramai yang mengec4m, namun ada segelintir netizen menitipkan nasihat serta mendoakan agar Puteri lebih menjaga cara pemakaian. Kata netizen lagi, Puteri lebih manis jika berpakaian menutup aurat.

Ujar netizen lagi, cara pemakaiannya boleh mengvndang komen berbaur lu c4h di kalangan kaum lelaki. Malah, ada yang mengingatkan kembali bahawa pelakon itu pernah positif Cov1d-19 dan sepatutnya lebih bermuhasabah diri.

 

 

 

pernah di gossipkan dengan SM Faisal

 

Tiada apa nak sorok : Puteri Aishah

KAMI tidak ada hubungan istimewa tetapi saya selesa mengenali dirinya,” kata pelakon jelita, Puteri Aishah yang menafikan dia menjalin hubungan cinta dengan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Puteri Aishah, 23, berkata, dia dan Faisal juga jarang bertemu kerana sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.

“Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu. Kami juga jarang berjumpa kerana saya sibuk dengan penggambaran drama manakala Faisal pula selalu bekerja di luar kawasan.

“Namun apabila ada masa terluang, kami akan bertemu dan berbual hal kerja masing-masing,” katanya.

Menurut Puteri, tidak ada yang perlu disorokkan mengenai hubungan itu memandangkan mereka hanya kawan biasa.

 

“Tidak ada apa nak disorokkan. Setiap gambar atau video yang dimuat naik hanya atas dasar kawan.

“Sebab itulah kami berani memuat naik gambar dan video keluar bersama,” katanya.

Terdahulu, video dan gambar dimuat naik Faisal di laman sosial menjadi bualan dan perhatian banyak pihak hingga menimbulkan spekulasi mereka menjalin hubungan cinta.

Sebelum ini Faisal pernah berkahwin dengan Emilia Hanafi pada 2002. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak lelaki.

Be the first to comment

Leave a Reply