perbualan hangat Daie syed dan fathia

Pendakwah Muda Nafi Semua Pertuduhan Salah Laku S3 ks

Susulan enam laporan diterima pihak polis membabitkan kesalahan se k su4l, perintah re man terhadap pendakwah selebriti yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan selama lima hari bermula esok sehingga Ahad ini.

Pendakwah berusia 25 tahun kelihatan tenang hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11 pagi tadi memakai baju berwarna hijau dan ditemani peguam.

Sementara itu suspek yang diwakili peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang.

“Anak guam saya menafikan sebarang tu duhan-tu duhan yang dibuat dan sedia beri kerjasama kepada pihak polis bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Dia juga akan cuba untuk membersihkan nama mengikut peruntukan undang-undang. Saya dimaklumkan ada banyak laporan polis yang muncul dari merata-rata, ada kemungkinan dia akan disambung reman di balai-balai lain,” katanya.

Memetik laporan mStar, pendakwah tersebut yang kelihatan kusut dan seolah tidak terurus bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang membuat liputan.

“Terima kasih banyak semua. Alright thank you..Assalamualaikum jumpa lagi,” katanya.

komen2 netizen di video tersebut

Pernah Digelar ‘Talang Air’, Ini 5 Fakta Da’i Syed Yang Ramai Tak Tahu

Nama Da’i Syed terus menjadi trending sejak beberapa hari yang lalu. Dan pada hari ini pendakwah bebas berusia 21 tahun ini dilaporkan direman bagi membantu siasatan kes rogol. Memang sukar untuk kita menerima hakikat bahawa seorang selebriti bergelar pendakwah melakukan perbuatan jijik tersebut.

Terdahulu, Da’i Syed telahpun membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu terhadap dirinya itu, namun ia masih dalam siasatan dan dia belum disabitkan bersalah.

Kepada yang tidak mengenali pendakwah muda ini, Da’i Syed bukan sahaja terkenal di Malaysia tapi pernah popular di Indonesia dengan nama Syed Iqmal. Lihat 5 fakta Da’i Syed yang ramai tak tahu.

1Da’i Pendakwah Nusantara pada tahun 2016

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail merupakan bekas peserta Da’i Pendakwah Nusantara pada tahun 2016. Walaubagaimanapun, dia tersingkir untuk mara ke final pada episod ke-11. Da’i Syed dikenali selalu tampil dengan gaya penyampaian yang bertenaga dan bersahaja.

2Meraih Populariti Di Indonesia

Bukan di Malaysia sahaja, Da’i Syed telah mencipta nama di Indonesia dengan menyertai Akademi Sahur Asia atau Aksi Asia 2018. Da’i Syed mendapat tempat ke-3, dan menerima hadiah wang tunai sebanyak IDR 50 juta atau sekitar RM14, 474. Aksi Asia 2018 merupakan rancangan realiti dan bakat yang disiarkan di Indosiar pada bulan Ramadan, setiap Sahur pada bulan Ramadan.

3Mendapat Gelaran ‘Talang Air’

Selain cara berdakwah yang menarik, di Indonesia, Da’i Syed juga terkenal dengan rambutnya, yang digelar ‘Talang Air’ kerana menyerupai seperti tanki air di rumah oleh juri profesional iaitu Ustazah Mama Dedeh di Aksi Asia 2018. Tanpa diduga, kerana nama panggilan ini, Da’i Syed mengaku, dia mengatakan bahawa dia telah menjadi popular. Tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di Indonesia.

“Sekarang di Indonesia dan di Malaysia orang memanggil saya Talang Air. Di Malaysia dulu saya dipanggil Dai Syed, tetapi sekarang Talang Air, “kata Da’i Syed di Indosiar Studio.

Da’i Syed bersaing dengan 24 peserta lain dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Singapura.

4Sudah Melahirkan Banyak Single
Dalam bidang nyanyian, Da’i Syed sudah mempunyai beberapa single. Antaranya berjudul Keagungan Cinta-Mu ciptaan Aiman Zul 2 By 2 dan lirik bersama Da’i Syed. Manakala single kedua, Ya Rasulullah, karya Seif Jamalullail, kemudian Arah hasil sentuhan Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.

Yang terbaru, Da’i baru sahaja melancarkan muzik video lagu YA AGMAL EYOUN (wahai mata cantik) pada 21 November 2020. Sehingga hari ini, video tersebut sudah mencecah 200 ribu tontonan.

5Pendidikan

Berkelulusan dalam pengajian Islam dan bahasa Arab di Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir, selain menyanyi dan berlakon, Syed turut menggunakan platform media sosial untuk menarik orang ramai lebih mendekati agama. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daisyed_ sehingga kini mempunyai lebih 225,000 pengikut.

live bersemut 3pagi FATIYA LATIFF | DAI SYED

Be the first to comment

Leave a Reply