Tiada Lagi Cincin di Jari Neelofa, dan PU Riz upload status TERKINI

HIBURAN“Allah Akan Menyelesaikan Segalanya…” – PU Riz Akhirnya Beri Komen Kontroversi Hubungannya Dengan Neelofa

Jika sebelum ini, tunang kepada selebriti terkenal Neelofa, PU Riz hanya memilih untuk mendiamkan diri berhubung dengan isu yang terpalit antara dia dan personaliti itu, nampaknya dia dilihat telah tampil memuat naik status yang sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan kontroversi tersebut.

PU RIZ

Kira-kira jam 11 pagi tadi, PU Riz dilihat telah memuat naik sebuah kata-kata hikmah ataupun ‘quote’ menerusi ruangan Instagram Storynya.

Tulisan bahasa Arab yang turut mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris itu mempunyai maksud yang mungkin dapat difahami peminat yang sedang mengikuti perkembangan perhubungan antara dua personaliti ini.

Status IG PU RIZ

“Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya dengan cara yang anda tidak pernah bayangkan..”

Dalam perkembangan lain, pada malam Ahad yang lalu, Neelofa telah tampil menjawab spekulasi yang timbul antara dia PU Riz selepas ianya semakin hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Neelofa dalam siaran IGTV di Instagramnnya telah menjelaskan bahawa segala dakwaan yang dilemparkan netizen kepada dia dan PU Riz seperti kononnya mereka telah bernikah secara sembunyi serta fitnah-fitnah yang berlegar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Di akhir siaran langsung itu, Neelofa telah memohon doa daripada peminat agar urusan dan perhubungan antara mereka berdua baik-baik sahaja dan turut memberitahu bahawa keluarga kedua belah pihak kini sedang mencari titik persetujuan bagi masalah yang sedang dihadapi kini. BN

Semalam Neelofa telah menjawab segala dakwaan dan tuduhan dari orang ramai tentang hubungannya dengan PU Riz. Neelofa telah memuatnaik video penjelasan dan kini telah mendapat lebih 2 Juta tontonan.

Sementara itu, dari mata tajam netizen, ada yang mula menyedari apabila melihat Neelofa tidak memakai cincin tunang atau merisik ketika memuat naik video di Instagram, semalam.

Ada saja yang boleh dijadikan isu oleh netizen. Tidak kisah sama ada pakai atau tidak cincin di jari, Murai MY berharap, peminat di luar di sana tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Neelofa pun ada menegaskan, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah dirisik pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.

Share

Be the first to comment

Leave a Reply